En. Nazir

Masak2 Hari Ahad Pulak

Tuesday, November 10, 2009

** sila tutup mata kalau rasa alergik dengan segala bentuk makanan ;p



menu hari ahad kami. ayam masak berempah hernee nazir's style. en. nazir kata sedap (saya tak paksa dan tak hasut pun) kembang kuncup lubang hidung kembang saya dengar (tapi tetap maintain, buat2 tak dengar.. jangan kembang heni.. jangan). apa pun tq dear! ni yang makin semangat nak masak ni (cheh~ poyo.. semangat 2 3 hari je kadang2)

ok la. mari kita berkongsi resepi.

bahan2nya

1/2 ekor ayam (untuk lunch + dinner)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 sudu lada yang dah blender
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 sudu ketumbar
1/2 bungkus serbuk kari
2 batang serai
air secukupnya
garam/ serbuk perasa/ minyak

cara2nya

mula2 tumbuk bawang2, halia dan kunyit dan ketepikan. blender ketumbar dan jintan2 supaya mencajadi serbuk. gaulkan serbuk kari dengan lada yang dah di blender. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. kemudian masukkan campuran serbuk kari dan lada blender tadi. setelah itu masukkan serbuk jintan dan ketumbar. kacau hingga sebati. masukkan ayam dan gaul lagi. masukkan air sedikit dan masukkan serai yang dah diketuk. jangan lupa masukkan garam dan serbuk perasa. biar sehingga daging ayam empuk dan kuah nampak agak kering. sedia untuk dimakan.

masa mak saya sihat dia suka masak lauk ni. tapi saya tak pernah tanya apa resepinya. jadi yang ini adalah resepi hentam keromo saya. alhamdulillah menjadi. sebiji sebijon rasa yang mak masak. perasan!

selamat mencuba ye kawan2 ;) (ada ke yang nak mencuba) kalau tak sedap ditekak kawan2 saya minta maaf ye.



post signature

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. Ada, aku pasti cuba... aku x allergic tetang makanan i likeeeeeeeee okey..

    ReplyDelete
  2. yummy yummy tengokpn datau sedap! ;)

    ReplyDelete
  3. Mummy Dasy>>hehehe..bgus2 jgn alergik2 susah..

    ReplyDelete
  4. betul la tengok pic nyer pun dah tau sedap... nyam...nyam...

    ReplyDelete
  5. hajarus>>hehehe..nti hajar dtg jb akak mskkan..hehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!