tadi dengar HotFM topiknya lebih kurang ni. masalah gangguan di tempat kerja terutamanya dengan rakan2 sekerja. gangguan seksual jga salah satu masalah ditempat kerja juga kan. alhamdulillah setakat ni saya tak pernah mengalami masalah gangguan seksual tu selisih minta dijauhkan.

saya yakin ramai antara kita ada masalah ditempat kerja. saya pun alami benda yang sama, kadang2 masalah komunikasi antara rakan sekerja, kadang2 masalah yang berpunca dari perangai rakan sekerja. bukan nak menuding jari, saya akui saya bukan rakan sekerja yang baik tapi saya masih cuba untuk menjadi yang terbaik.

masalah yang saya hadapi setakat ni:

masalah 1

masa mula2 saya pindah ke sini, hamba Allah ni adalah manusia yang paling ramah tamah dengan saya. tapi sejak akhir2 ni dia terus jadi sombong. dia akan tegur saya jika perlu. saya tak tahu apa masalah dia dengan saya dengan kawan lain pun macam tu juga. maybe dia dah terasa yang saya dah tahu perangai sebenar dia kot hahahaha~ lantaklah situ janji dia tak kacau kerja saya.

oooohh, kadang2 dia kacau juga kerja saya. tu yang buat saya geram. dulu dia suka busy body hal saya, tapi saya buat tak tahu juga. sampai sekarang dia macam kera sumbang dalam office. biarkanlah, 2nd boss pun dah tahu dah hal ni. selagi dia tak kacau periuk nasi saya, saya buat tak tahu je. ada hal penting saya akan cakap, kalau tak "diam itu indah". jadi lebih baik berdiam diri dari terus bersuara dan tambah makan hati. ni pun dah kira berdosa juga ni ceritakan hal dia.

dia ni pantang kita tanya sikit, hujah dia akan panjang lebar, macam kita tak tahu semua. kalau ada boss suara dia lagi jadi lebih kuat. biar sampai boss dengar "oh herni tak pandai buat kerja". tu la sebabnya kadang2 saya lebih suka tanya dengan orang lain.

masalah 2

seorang hamba Allah yang selalu menyentap mood happy saya di office. dari mula dia join this company till now, ada je problem yang dia buat. even my boss pun dah tak tahu nak kata apa. yesterday, during my appraisal session, my boss ask me whether i have problems with this guy. time tu la saya meluahkan isi hati pada boss. saya cakap apa tau "sakit otak saya layan dia ni Capt" boss pun ketawa dengar. saya bukan nak cari silap dia, tapi apa yang dia buat kadang2 memang silap dan patut ditegur, walaupun saya orang bawahan. pada saya level dia dah boleh buat kerja dengan efficient and effective. tapi selalunya sebaliknya yang berlaku. orang bawahan lebih efficient and effective dari dia. bila ditegur, dia takkan mengaku silap dia. seboleh2nya dia akan kata dia betul.

akhir2 ni dia akan guna ayat ni "I first time handle masalah ni" alahai takkan la kerja dah nak masuk setahun tapi baru first time handle masalah tu. padahal masalah tu selalu berlaku almost every month ok. tak tahulah nak kata apa. kata orang jangan jadi bodoh sombong ye tak. kalau tak tahu kita kenalah bertanya. ni tak selalu tunjuk pandai.

pernah satu hari tu, saya ajar dia how to use the oracle system untuk buat purchase requisition. masa tengah ajar dia kata faham. bila suruh buat satu hapah tak reti. saya bukan nak kedekut ilmu, tapi saya jadi malas nak ajar orang yang suka tunjuk pandai ni. memang bengang je dengan dia ni. even boss dia pun kadang2 luahkan perasaan bengang tu pada saya. lagi satu bukan saya saja2 nak bengang dengan dia ni tau. saya dah terkena berkali2 jadi saya terus malas nak berurusan dengan dia walaupun kami satu department. dia pernah putar belitkan cerita dengan boss dia. dengan boss dia, dia cakap ni.. tapi bila dengan saya dia cakap lain pula. last2 saya tanya dengan boss dia, maka terkantoi la yang dia menipu kami berdua.

dia juga suka bagi kerja dia pada orang lain. walhal itu memang kerja dia. dia nak jadi boss besar je tahunya walaupun dia bukan boss besar apa yang dia tahu, kalau dia nak kerja tu siap, time2 tu juga kita kena siapkan. cantik muka! dia juga adalah boss terbaik kepada hamba Allah yang saya ceritakan di sini

setakat ni, ni je masalah yang membelenggu saya. i'm ok with my boss and some other friends but not with this two guys. korang2.. bilalah nak berubah :)

maafkan saya wahai rakan sekerja, inilah tempat saya meluahkan rasa hati :) ada kaitan tak dengan tajuk???? sorry again.. entry berbaur emosi yang kurang stabil ;p


post signature