gambar tiada kaitan dengan entry. harap maklum ;)

malam ni tak boring dan tak bosan sebab en. nazir tak pergi main badminton. jadi ada la kawan tengok tv. kalau tak tv yang tengok saya bukan saya yang tengok tv hehehe~ kalau malam jumaat en. nazir ada kat rumah baru la saya berani tengok cerita yang seram2. kalau tak jangan harap la ye. channel yang bercerita seram akan di skip dengan jayanya.

bukan takut, cuma segan jek hehehehe~ takut terbayang2 pulak nanti. isyhhh.. merepek je kan. esok last day kerja. hmmm.. bestkan. sabtu nak tengok baby adam ahad pulak nak pergi rumah ex-student kahwin. wah dah nak kahwin budak ni. dulu dalam kelas punya la senyap. diam ubi rupanya. (oi her.nee dia pun ada hati dan perasaan tau) hehehe~

dari saya terus merapu, lebih baik saya tiduraeh salah tengok tv.

gud nite everybody!



post signature