entry ni sekadar pendapat saya, seorang pelanggan yang suka mencuba apa saja jenis makanan halal tak kira di mana saya berada. kadang2 saya rasa ada peniaga yang menjual makanan tanpa menilai kualiti makanan yang dijual.

dua hari lepas saya dan family singgah di salah sebuah kedai makan di rnr machap. mak dan saya makan mee hoon soto, anna dan ayah makan nasi goreng n ayam goreng. dah tak ada pilihan lain kami terpaksa pilih makanan tu. perut pun agak lapar dalam pukul 12am macam tu.

bila tengok penampilan mee hoon soto tanpa kuah yang ditayang pada bekas kaca,nampak sedap. tapi, bila budak tu tambah kuahnya, terus rasa macam ni kuah soto ke? kuah sup nasi ayam. alahai.. cair betul kuahnya. terus tertutup selera saya time tu. sambal kicap pun tak rasa pedas langsung walaupun dah letak banyak. dalam hati saya kata sedap lagi soto aku buat sendiri ;p

rasa bengang juga, tapi dah beli makan je la walaupun tak habis saya ni memang peminat soto, sangat frustlah rasanya bila soto yang dimakan tu cukup syarat ada bahan2 tapi rasa kurang memuaskan. lupa pula nak snap gambarnya. mak saya pun sama tak habis makan. ayah yang memang lapar nasi, membedal sampai ke butir nasi yang terakhir. anna pula ala2 nak turunkan berat badan sentuh nasi pun tak banyak. saya sempat juga rasa ayam goreng dia. sejuk kaku dan keras ok. macam ayam dah goreng time pagi. sabar je la kan.

jadi kepada peniaga2 gerai/ warung/ restoran sila review semula resepi2 menu di kedai makan anda. kasihanilah kami para pelanggan yang membayar kos membeli makanan di kedai anda. kalau jual makanan sedap, tentu bertambah2 berduyun2 pelanggan yang datang. betul tak?

sekian, laporan si kuat makan ;)


post signature