Info Sharing

Oh.. Basikal :)

Wednesday, November 11, 2009

semalam balik kerja terus ke pasar malam. anna pesan suruh belikan roti gardenia. kena la singgah mana2 kedai sekejap. kami pun singgah di pasaraya thye, nusa perintis. ingatkan nak cepat. cari2 roti, bayar then terus keluar.

dah keluar saya terperasan en. nazir duk melayan budak cina sorang ni. tengok betul2 rupanya dia tengah membelek "technology japan electric bicycle" yang diorang pamerkan kat corridor tu. cute pulak basikal ni kan. nak kayuh boleh, tak nak kayuh pun boleh tapi kena charge la baterinya. kalau tak charge macamana nak gerak. beli satu bawa pergi kedai ke bawa bersiar petang hari ke ok juga ni. tak pun bawa pergi kerja kata en. nazir. jimat duit minyak hehehe. masa tu juga saya bayangkan en. nazir pergi kerja kayuh basikal ni ;)

ada 2 types, bicycle type and scooter type. kelebihannya noiseless, low cost, easy to use and protect our environment. cheh~ dah macam saya pulak jadi salesgirl.



Bicycle type - RM1,888

kalau pergi pasar ke kedai ke, sayur2 boleh letak dalam bakul ye ;p


Scooter type - RM2,888

yang ni sayur-mayur boleh letak dalam tong belakang. alamak tong belakang gambarnya tak nampak



ini apek yang menjual basikal ni. aeh salah, ini suamiku hahaha~ dia saja2 nak test. bukan nak beli pun. saja tanya itu ini, bagi anak apek ni penat jawab. sangat comel basikal ni. sebiji scooter anna.

saya tanya en. nazir, "kalau bawa pergi kerja kena pakai helmet ke?"

en. nazir kata "tak payah la ni kan basikal bukan motor"

ye ke? boleh la beli satu hahahaha~

takde maknanya nak beli basikal harga sampai 1-2k. baik beli benda lain.



tak puas lagi nak mencuba mamat ni. macam nak try tenggek kat belakang, tapi takut jahanam basikal ni kang ;)


inilah tauke yang sebenarnya. nama kedainya kedai pendawaian elektrik meng seng, taman nusa indah, jb. kalau siapa2 yang teringin nak memiliki basikal ni boleh terjah kedai anak apek ni ye. siapa yang duduk sekitar gelang patah, boleh pergi pasaraya thye. basikal ni masih ditayangkan depan pasaraya ni.

sekian terima kasih ;p



post signature

You Might Also Like

9 Th♥ught (s)

  1. Hihiii..bakul basikal tu comel..;)

    ReplyDelete
  2. gmbr yg pertama tu, cm dlm cter2 jepun yg pompuan gi pasarlah...he he he

    ReplyDelete
  3. Siti @ nurie>>a'ah mmg btul..ni mesti mimi pnah bwk mase kt japan..hehe

    ReplyDelete
  4. betul kata en.nazir tu kak..dari beli basikal harga 1-2k..baik akak beli kamera idaman en.nazir tu..

    ReplyDelete
  5. angah>>tau xpe..xdenye nk bli ngah bsikal ni angah oi..

    ReplyDelete
  6. dah tgk gak kata hBy aku "MEMBAZIR, baik smpn untuk anak2" gedebush sedas kena

    ReplyDelete
  7. Mummy Dasy>>hahaha..mmg pn byk lg bnda blh bli..

    ReplyDelete
  8. mereka sekarang berada di taman bukit indah alamatnya no,12 jalan ceria 19,taman nusa indah,tel 016-6915688

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!