En. Nazir

Pelarian Manalah Ni

Thursday, November 26, 2009


semalam perut yang berkeroncong hanya sempat disumbat dengan KFC. masing2 dah kebuluran. tak sempat pergi Kip Mart, kami dah singgah KFC Tampoi Utama dulu. angan2 nak ajak makan prosperity burger terkubur sebab cik abe nak makan KFC. layankan saja, janji makan ;)

jangan tanya tu pinggan siapa. mestilah pinggan si ..... yang kuat makan tu. serious uolls memang lapar tahap dewa2 punya. dah dapat KFC sorang sepinggan makan macam pelarian yang tak pernah jumpa makanan. lunch kami makan mee goreng je tu yang lapar sangat tu (alasan kukuh tak? hehehe~) ada tak orang yang makan KFC serupa macam kami sampai ke tulang2? coz kawan2 saya ada yang pelik dengan cara saya makan KFC. sampai kering tulang tu. bukan pelahap ye, tapi tu la cara saya makan memang bersih dan licin ayam tu ;p dah beli kena la makan secara effective. betul tak?

muka tuan punya blog dua2 orang tak boleh ditunjuk sebab sangat sedih nak tayang. muka kami yang kebuluran tu. siap2 makan terus tuju ke Kip Mart. perut kenyang gila, rasa malas nak belanja pulak ;) oh ye~ gambar makanan saja tak diambil sebab dah biasa sangat tengok KFC kan? lagi pun nanti ada pulak yang terliur hehehe~



post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!