Buku English TERLAJAK LARIS!!

PENGEDAR SAH SHAKLEE GELANG PATAH | NUSAJAYA

Wednesday, November 18, 2009

Review Butik First Lady

bukan saja2 gatal2 nak buat review ni ye. ni atas request dari my fren Faz. cheh~ request katanya. (berangan la makcik heni oi~) haa tu buktinya.

macam yang saya beritahu dalam entry ini baju untuk majlis kahwin SIL nanti ditaja oleh aeh salah mana ada orang nak taja (berangan sekali lagi) dibeli di Butik First Lady.

[gambar ikhsan : Plaza larkin Blog]


Butik First Lady cawangan Plaza Larkin ni kiranya banyak juga pilihan. harga tak terlalu mahal pada saya. amat2 berpatutan. rasanya lebih kurang je kalau kita beli kain ela dan hantar untuk tempahan. lebih baik kita beli baju yang dah siap kalau harga lebih kurang sama. betul tak? (sila sokong saya dan jawab betul ;p)

paling murah tak silapnya dalam lingkungan harga RM29.90 -RM39.90 tapi kainnya tak lah jenis yang zaman2 sekarang ni. berpatutanlah dengan harganya ye tak. kalau tudung2 corak atau tudung empat segi pun lebih kurang RM10 sehelai pun ada.

sebagai contoh baju kurung pahang yang saya beli ni harganya RM89.90 sahaja. kalau difikirkan, beli kain ela, upah jahit rasanya mahu cecah RM100. saya tak tahu kain ni jenis apa, yang pasti untuk baju kainnya memang yang jenis jarang sikit tu, dan kainnya jenis kain licin tapi bercorak yang sama. yang penting saya tak payah jahit manik coz manik dah sedia ada. itu kelebihan baju2 di sini rasanya. baju2nya memang mewah dengan jahitan manik2. memang nampak menarik dan tertarik ;)

baju kurung dan kebaya ada juga yang berharga sekitar RM69.90.jubah pun tak berapa mahal sangat dan banyak pilihan. macam dah tak reti pula saya nak ceritakan. nanti kalau saya pergi lagi, saya akan tengok apa lagi harga2 yang berpatutan di Butik First Lady. harap2 info ni dapat membantu kawan2 yang teringin nak ke sini dan yang dah biasa ke sini.



nota tambahan: walaupun semakin mengembang, saya masih boleh pakai kurung pahang bersaiz S ;p sila tepuk tangan. tahniah untuk heni~


post signature

2 Th♥ught (s):

JaNnAh said...

baju saiz S? huh? menyampah.. :p

♥Hernee Nazir♥ said...

JaNnAh>>saje nk psycho kak jannah..hehehehe

 

Hernee Nazir's Blog Template by Ipietoon Cute Blog Design