sebenarnya semalam saya demam. tak pasti macamana boleh terdemam. maybe sebab terkena hujan gerimis sikit masa ke Larkin. malam tu selsema memang tahap tak boleh handle lagi dah. check kat rumah tak ada stock ubat2an. kebetulan En. Nazir nak pergi main badminton, saya pun pesanlah suruh belikan panadol soluble. dalam masa tinggal sorang2 tu, tisu dah berhelai2 habis, minyak cap angin pun bertitik2 jadi disapu kat hidung. tak juga ok.

dalam pukul 12 En. Nazir balik saya tanya "mana panadol solublenya?" dengan muka yang buat2 sedih sebab dia menjawab "abang lupa nak beli la" rasa seperti mahu mencekik2 leher En. Nazir tau. pandai sungguh awak buat muka sedih ye dengan harapan saya jadi cool. ada ke boleh lupa. mesti dah tak sabar2 nak pukul bulu tangkis kan? sampai lupa singgah kedai. dengan muncungnya saya terus masuk tidur. konon2nya nak buat merajuk, tapi entah macamana rajuknya tak menjadi terkantoi dengan En. Nazir. sudahnya digelakkan pulak kita yang tengah merana dengan selsema ni.

esoknya pergi kerja, pagi macam ok lagi. dah petang2 tu muka dah tak serupa muka Herni lagi dah. diorang tegur muka pucat lesi. ada yang tanya kenapa saya diam (mesti diorang rasa kesunyiankan bila saya diam hehehe~) dah tahap tak tahan sangat saya ajak Pak Dolah, pilot driver hantar saya pergi klinik. nasib baik doktor ada lagi. doktor check saya dah tak demam.

dia tanya "dah makan ubat ke?"

"saya tak makan ubat pun, saya minum 100 plus je tadi"

"ok. good" kata doktor.

saya terpaksa melanggar azam, semangat dan pantang larang saya yang tak nak minum air gas tu sebab tak nak demam. dah lama saya memantangkan diri untuk tak minum air gas, makan asam2 dan jeruk2 ni. dilarang keras oleh En. Nazir. bila tengok asam2, jeruk2 yang pernah dimakan tu rasa macam terliur gila. aeh meleret ke cerita lain pulak :)

doktor kata tonsil saya bengkak tu yang buat nak demam. cerita tonsil ni nanti kalau ada masa saya ceritakan lagi. doktor bagi saya ubat batuk, ubat flu yang tak mengantuk untuk siang dan yang mengantuk untuk malam (serious memang sangat2 mengantuk tahap gaban malam tadi after makan ubat) ubat sakit tekak, ubat demam dan antibiotic. balik office tak terus makan, takut pulak nanti terus weng kepala saya ni. sementara menunggu En. Nazir balik pukul 8, saya rasa lapar sangat kepala sakitnya mak oi macam nak pecah. turun bawah beli murukku dan potato chips. makan dengan semangatnya. makanan tu semua tak kekal lama. En. Nazir sampai office saya je, terus rasa nak terbelahak. makanya habis semua isi perut terkeluar dengan jayanya termasuklah menu lunch saya semalam iaitu beef kue tiaw ;p ahhh..leganya.

badan lemah gila, terus tapaw makanan je. En. Nazir belikan bihun tomyam. saya makan tanpa nafsu makan sekadar isi perut sebelum nak makan ubat. (terasa pelik statement ni kan, coz selalunya herni makan memang mengikut nafsu makan yang melampau ;p) lepas makan ubat En. nazir picitkan kepala, beralih masuk bilik terus terlena tak sedarkan diri. terjaga bila En. Nazir masuk tidur dalam keadaan yang baru dijangkiti selsema. kesian dia dah terjangkit. saya suruh je dia bedal ubat saya takut juga kalau melarat. alhamdulillah pagi ni, sihat dah. cuma selsema ada sikit2 lagi ni. selamat juga saya mengharungi 1 day workshop hari ni. tu saja cerita mengarut saya.

kata officemate, "kalau puan herni sihat, kan main lagi suara dia je dalam office"

saya pun senyum je la. maybe semalam dia tengok saya diam dan muka macam tapai basi ;p hari ni dah ceria dah.

semoga kesakitan ni dapat menghapus dosa2 kecil kami :)



post signature