no.. no.. no.. ini bukan kamera dslr idaman en. nazir ye. belum sampai lagi rezeki dari langit nak beli ;p ini kamera department saya yang punya. saja cuba, try, test tadi.


model canon ixus 95is. comel je. gambar pun boleh tahan cantik. ciri2 lain, 10 mega pixels, 3x optical zoom, optical image stabilizer, 2.5 lcd screen pure colour II, digic 4, scene/ face/ motion detection technology, intelligent contrast correction and ISO 1600.

itu saja pasal kamera. sekarang pasal tuan punya blog.

saya dalam kategori happy sekarang ni. sila jangan kacau mood happy saya. nanti saya siku baru tau~ (gurau je.. garang la konon)

kenapa saya happy?


  • hari ni en. nazir cuti. minggu ni rasa sangat lama dia kerja shift malam. 5 hri dah macam 5 tahun tau. bosan betul duduk rumah sorang2. maka 3 malam saya dihabiskan di rumah mak. tidur mak la maknanya tu. 2 malam lagi di rumah sendiri. sambil tengok tv sambil tv tengok saya.
  • hari ni nak gi pasar malam (tu pun happy ke?) suko ati den la ;p
  • mak dah beransur sihat, dah selera makan. harap2 semua kembali seperti sediakala (ini buat saya jadi super duper happy)
  • sebab saya tak nak urat muka saya putus kalau saya tak happy :)

tiba2 rasa malas nak cari sebab2 lain. yang penting hidup mesti happy walau apa juga dugaan yang datang. terima semuanya dengan hati yang terbuka. insya'Allah semuanya akan jadi ok. apa yang saya mengarut ni~




post signature