Info Sharing

Wanita Tendang Perut Penyamun

Wednesday, November 04, 2009

Berita Ikhsan : myMetro





TELUK INTAN: Tindakan pantas seorang wanita menendang kaki serta perut seorang penyamun bersenjata pisau bukan saja mengelaknya daripada risiko kecederaan, malah aksi beraninya itu menyebabkan suspek dicekup dan dibelasah orang ramai sebelum ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, seorang wanita berusia 40-an yang enggan dikenali cuba disamun seorang lelaki bersenjata pisau sebaik keluar dari sebuah bank di Jalan Syed Abu Bakar di sini.

Pada mulanya, suspek berusia 30 tahun itu mengekori mangsa sehingga ke tempat letak kereta sebelum mendakap mangsa dari belakang dan mengarah mangsa masuk dalam kereta.

Mangsa yang pada mulanya panik, bertindak berani menendang suspek sebelum menjerit meminta tolong.

Tindakan mangsa menjerit sekuat-kuat hati menyebabkan orang ramai dan pelanggan dalam bank keluar dan menyebabkan suspek cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek ditahan sebelum diserahkan kepada seorang anggota polis berpakaian biasa yang lalu di kawasan itu.

Aksi cemas itu bukan saja mengejutkan orang ramai di Jalan Syed Abu Bakar, malah memberi amaran kepada mereka supaya berhati-hati terutama selepas keluar dari bank.

Suspek yang juga seorang penagih dadah dibawa ke Balai Polis Teluk Intan untuk siasatan sebelum direman untuk siasatan lanjut.

Kira-kira sebulan lalu, kejadian hampir sama berlaku di depan sebuah bank di Jalan Pasar apabila dua suspek menerpa seorang wanita yang baru hendak menaiki keretanya selepas berurusan di bank berkenaan sebelum diarah masuk dalam kereta.

Suspek menculik mangsa dan merompak wang RM400 dan melarikan kereta mangsa sebelum ditinggalkan keseorangan di Jalan Tembaga kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.


************************

cayalah kat kakak ni berani betul kan. sekarang ni kat mana2 pun bahaya. takut kadang2. sekarang ni kawasan kampung saya tengah sibuk kes rampok merampok lagi. si perampok datang lagi. diorang ni ikut musim la. time tak ada senyap je tak ada dengar orang kena rompak ke ape ke. last 2 weeks, pilot driver kat department saya ni kena rompak. habis semua handphone, lappy anak dia kena rembat dengan perompak. kesian betulkan. nasib baiklah ayah mertua dia yang sakit dalam bilik tak di apa2kan. risau betul bila musim perompak dah mula ni. semoga kita semua selamat dari perkara2 macam ni.


post signature

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. waaa... berani nyer kakak tu.. kira nasib kakak tu baikkan... biasenyer klu perompak bersenjata ni, bg kita perempuan xdigalakkan melawan... macam2 leh terjadi... barang yang dirompak leh diganti tp nyawa...??? hohoho....

    ReplyDelete
  2. hajarus>>btl la jar..akak ni brani btl kn..

    ReplyDelete
  3. tula gurl tu insan satu dalam seribu jer.. siyes bahaya r..

    even saya blaja self defence cikgu pnh ckp jgn wat camtue.. die ckp kalu jumper pencuri bg je ape die nak.. kalu pencuri tu nak tikam betul2 ke or do "something else" phm2 lakan, baru laa apply self defence..

    ReplyDelete
  4. qamaruluramaq.blogspot>>2 la..akk ni brani mti tu..jauhkn la dr kna kt kte..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!