En. Nazir

Banyaknya Tol???

Wednesday, December 23, 2009

Cerita pasal tol, bukan tol Plus ya.. ni tol masa rombongan pengantin lelaki datang untuk majlis bersanding tu. Banyak betul tol yang dikenakan oleh orang Senggarang kepada orang Machap ;)


Tol 1



Hambik ko, makcik2 penanggah ni semua dah kepong tak bagi duduk.



Nasib baik pakcik Halil bawa bekal angpaw banyak hehehe~ Merasa juga le makcik2 gangster tu sorang sekeping ;p



Dah bagi sorang sekeping baru pengantin dapat duduk k sebelum disilat lepas tu.



Tetiba abang iparnya membuka langkah. Terkejut beruk makcik, tak pernah tahu yang suami sendiri pandai bersilat ;p



Ada rupa 'pendekar mastar' tak? hehehe~ Kan main lagi dia tenung pengantin, gerun pulak pengantin tengok abang iparnya tu nanti.

Tol 2

Ingat dah tak ada tol ke? ingat tol seterusnya kat pelamin je ke? no.. no.. sebelum masuk veranda kena tol kedua dulu ya~




Tol 3

Dah lepas veranda nak masuk rumah pun kena tol lagi. Aeh~ kenapakah muka Kak Long ada kat dua tol tu? Tamak2 ;p



Tol 4

Haaaa.. ni lagi ramai askar2. Turn anak2 kecil pulak yang jaga tol diketuai oleh mak budak ada dua orang. Terseksa jiwa raga pengantin lelaki, nak jumpa permaisuri hati. tanpa berkorban apa saja~



Budak2 ni tak nak berganjak selagi tak dapat angpaw.



Maka, pakcik pun menjadi redha menyerahkan angpaw yang ada. Dah pergi main jauh2 ye anak2.

Tol 5

Yang ni kalau tak bagi secukupnya jangan harap la nak dapat duduk sebelah pengantin perempuan ya hehehe~ Mak Andam punya tol lagi besar punya. Faham2 je la ye pakcik.




Akhirnya sempurna... Setelah mengharungi 5 tol maut itu, pengantin lelaki dengan senang hati dapatlah duduk disebelah pengantin perempuan. Dalam hati pengantin lelaki "fuhhh.. lega aku, nasib baik banyak sediakan angpaw 50sen tadi" hehehe~ pandai2 je buat cerita saya ni kan.



Oh ya~ saya tak ada daya upaya nak join geng2 tol tu. Jadi saya tengok dari dekat dan snap2 je kerjanya. Fuhhhh.. semput nyawa buat karangan ni ;p Sekian...


[auto publish]


post signature

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!