Baru sekejap tadi dapat call dari hospital, nurse bagitahu yang emak saya diarahkan untuk ke Hospital Sultan Ismail Isnin depan 14 /12 after 2pm. Masa tu emak akan dimasukkan ke wad untuk rawatan susulan after chemoteraphy and radiotherapy apa ke namanya tadi dia sebut brachytherapy.


Brachytherapy, an advanced cancer treatment providing localized, precise and high-tech radiation therapy with minimal side effects to normal tissue, is available to patients who may require this form of treatment.

Rawatan ni akan dibuat 16/12 before tu kena periksa tekanan darah, jantung etc. Nurse tu kata, rawatan ni macam radiotherapy tapi dia masukkan ke dalam rongga. Kalau radiotherapy biasa buat bahagian luar tapi ni bahagian dalam. Dia akan bius mak sebab rawatan ni menyakitkan. Bila dengar saya dah seriau je rasanya. Terus call ayah, beritahu hal ni. Ayah kata jangan beritahu mak nanti takut dia tak nak buat pulak. Ya, saya takkan cerita apa yang nurse tadi beritahu.

Selang beberapa minti nurse tu call lagi, dia kata cancel pulak masuk wad 16/12 ni postponed 4/1/10 pulak. Lega juga hati saya, sebabnya next week saya dah nak balik Senggarang untuk majlis SIL tu. Nanti jasad kat Senggarang, hati kat Gelang Patah pulak. Apa pun saya mengharapkan yang terbaik untuk emak. Semoga penyakit emak cepat sembuh.



post signature