Gerhana Matahari

Gerhana Matahari 15 Jan 2010

Thursday, January 14, 2010

Dapat email dari seorang kawan, katanya esok Gerhana Matahari. Just nak share je~

Assalamualaikum,

MAKLUMAN GERHANA MATAHARI

15 JANUARI 20
10 (JUMAAT)
(Separa)

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Ketika gerhana matahari, orang ramai dilarang melihat ke arah matahari secara langsung kerana ini boleh merosakkan mata dan mengakibatkan buta.

Bagi mereka yang beragama Islam, mereka digalakkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana. Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib. Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut) , jadi meninggalkannya hukumnya makruh(dibenci) tanpa uzur syari'e.


GAMBARAN KETIKA GERHANA PADA
15 JANUARI 2010

Sebelum gerhana kira-kira jam 2:55pm


Gerhana paling maksimum. Kira-kira jam 4.30pm.


Gerhana pada 5.26 petang.



Berikut adalah maklumat terperinci:

Tarikh: 15 Januari 2010

Hari: Jumaat
Masa mula Gerhana: 2:55 Petang

Masa tamat Gerhana: 5:45 Petang

Jenis Gerhana: Separa

Tempat: Malaysia dan kawasan yang bernasib baik


post signature

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. post yang sungguh jelas dan berinformasi... dan menariknya, gerhana bulan terjadi 1 januari lepas dan kini matahari pada 15 hb, dapatkanlah cerita mengenai perkiraan kitaran bulan dan gerhana, mesti ramai yang nak bace

    ReplyDelete
  2. komuniti-blogger.com >>tq..tu la kuasa Allah kan.. sebaik2 Pencipta..ok.. nti sy try cri n share.. tq for visiting my selebet blog ni..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!