Hari ni dengan lemah semangatnya pergi office. Rasa maca nak nangis je tau pagi tadi. Macam nak nangis masa kecil2 dulu time emak kejut pergi sekolah tu. Nasib baik my super hero kejut elok2 hehehe~ Semangat la juga nak kerja. Cheh~ konon.

Sampai office boleh tahan email kerja tok nenek tu semua melambak. Settlekan mana sempat dulu coz hari ni nak time off. Nasib baik kerja half day je. Kalau sampai petang, sure muka saya macam jalan tar kena lenyek steam roll. Tak percaya? Mari datang sini.

Petang ni ada follow up check up. Harap2 tak ada apa2 masalah la. So far, alhamdulillah tak ada apa yang pelik berlaku pada saya. Dah dapat bayangkan apa yang doktor nak buat petang ni. Amat seriau sekali ya.

Sekarang on the way ke Pusat Pakar Sakit Puan & Perbidanan Khor & Loh Sdn Bhd. Haaa.. hambik ko, nama penuh lagi. Klinik ni kat area Nusa Bestari dah masuk 3 kali pergi setelah mencabutkan diri dari Elite Women Specialist. Cdot and Dida yang recommend kat saya. (Cdot ye Eriyqazz not Cekodok hehehe~ tapi cekodok pun ok gak.. minah tu memang ada iras cekodok pisang..ampun Cdot..ampun.. aku masih BFF mu)

Malam tadi, dengan lurus sebendul2nya saya tanya dengan En. Nazir.

"Bang.. kita cabut dari klinik Elite tu tak ada apa2 ke? Doktor tu tak blacklist nama ke?"

(soalan macam budak baru pandai berfikir)

Yang disoal pun menjawab,

"Aeh.. apa hal pulak nak blacklist.. kita kan bayar service dia.. kalau kita tak pergi lagi maknanya kita tak nak guna service dia la"

Betul juga ek, kenapa la saya agak sengal malam tadi. Sayang sangat dengan Dr. Tan tu agaknya. Macamana pun Dr.Tan tu bagus sebenarnya. Tinggal lagi, kami nak minta pendapat doktor lain masa tu. Bila dah disyorkan kat Khor & Loh, tu yang kami cha aliff but dari Elite. Ampunkan kami Dr. Tan. Thanks for everyhting. Aeh, macam la Dr. Tan baca blog saya~ Mana la tahu kan. Before this, duk bercerita segala ha tup2 lecturer saya baca blog ni. Kan dah malu hehe~

Ok la lagi panjang lagi banyak merepek kerepeknya. Nanti saya update apa yang terjadi antara saya dengan Dr. Ong ke Eng entah nama dia lupa pulak~


[auto publish]

post signature