***ooopppsss..entry makan lagi.. ;p





Malam Isnin yang lepas, balik dari lepak2 rumah emak terasa perut sangatlah lapar. Tiba2 teringatkan sweet corn yang saya beli siangnya tu. Memang rancang nak buat sweet corn kat rumah macam yang cup corn yang diorang jual tu. Kami memang suka makan cup corn tu. Kalau buat sendiri dapat la makan puas2 sikitkan hehehe~

Bahan2nya:

Sebungkus sweet corn.
Majerin
Susu pekat
Garam secukup rasa

Cara2nya:

  • Kukus sweet corn sampai nampak sedikit lecur. Jangan samoai benyek sudahlah ya. Pandai2lah mengagak.
  • Masukkan dalam bekas yang sesuai dan masukkan sedikit garam. Gaul hingga rata.
  • Masukkan majerin secukupnya dan gauk lagi.
  • Kemudian masukkan susu pekat untuk menambah rasa lemak2 manis.
  • Jangan letak garam terlalu banyak kerana marjerin pun boleh memasinkan juga. Nanti darah tinggi pula hehehe~
  • Sedia untuk dimakan.
Sebelum melelapkan mata kami menjamu home made sweet corn sambil menonton Laksamana Do Re Mi di Astro Prima. Sekian~


[auto publish]

post signature