Berat nak meluah kata, apa yang mampu hanya mengucap rasa syukur walaupun ujian mendatang kami masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah.

Bukan rezeki kami lagi untuk kali ini. Kami redha biar apa pun ujian yang datang kerana kami yakin Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami. Kami hanya mampu berusaha, berdoa, bertawakkal dan redha selebihnya kami serahkan pada Allah. Kuasa Allah mengatasi segala. Walaupun perit kami tabahkan hati untuk mengharunginya. Kami yakin Allah takkan menduga hamba-Nya jika Dia tahu hamba-Nya itu tak mampu menerima dugaan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang mungkin kita takkan kecapi untuk hari ini, dan yang akan hanya kita kecapi di hari yang mendatang.

.........

Terima kasih untuk suami yang masih setia disisi yang masih mampu tersenyum walau dalam hatinya saya tahu dia bersedih. Setitis air matanya melemahkan seluruh anggota saya, secalit senyuman dibibirnya menguatkan semangat saya. Dialah kekuatan saya untuk meneruskan perjalanan hidup ini.

Terima kasih untuk keluarga yang sentiasa memberi kekuatan dan semangat.

Terima kasih untuk kawan2 yang tak jemu mendoakan.

Terima kasih semua!

Entri ni saya taip sambil berbaring. Fikiran saya di awangan, hati saya merintih sedih namun air mata saya tak mampu untuk mengalir lagi. Saya cuba halau segala kedukaan ini, saya cuba jemput kebahagian untuk mendampingi saya. Saya tahu saya masih ada Allah, emak, ayah, suami, keluarga dan kawan2 disisi. Saya bersyukur sekurang2nya saya mampu mengandung dan pernah merasa nikmatnya biar seketika. Ramai lagi yang kurang bernasib baik dari saya. Semoga satu hari nanti Allah memberi peluang untuk saya menjadi ibu~

Wahai tangisan, wahai kedukaan, wahai air mata pergi jauh dari hidupku.. Izinkan senyuman mendampingiku untuk kali ini..

Ya Allah, ya Ghaffar.. Ampunkan segala dosa2ku, dosa2 suamiku dan kedua ibu bapa kami.. Amin

[posted via nokia xpressmusic]