Masak-Masak

Tips Di dapur Untuk Mereka Yang Kekurangan Masa

Thursday, January 21, 2010

Sebelum berceloteh panjang lebar, saya nak bagitahu awal2, saya bukanlah expert di dapur tapi kalau ada tips atau petua elok juga dikongsi bersama. Betul tak? hehehe~ Kalau rasa berguna ikut kalau rasa tak berguna just ignore je. Saya bukan sempurna di dapur, tapi saya berusaha untuk menjadi sesempurna yang saya mampu.

Saya pasti ramai yang dah amalkan tips ni especially bagi isteri2 yang bekerjaya. Tentunya masa kita didapur terhad pada hari2 bekerja termasuklah saya. Kalau boleh bila sampai rumah tu, segala bahan2 dah tersedia sebelum memasak.

Kali ni saya nak share dengan kawan2 tips yang diajar oleh emak saya sendiri. Memang dari dulu emak saya buat macam ni, walaupun dia seorang surirumah sepenuh masa.

Tipsnya mudah untuk menjimatkan masa:

  • Pastikan lada kering, bawang besar, bawang putih, kunyit dan juga halia telah siap di blender dan simpan stok dalam peti sejuk. Contoh seperti gambar di bawah.



Bukan apa, kalau kita dah penat2 balik kerja time tu la baru nak kupas bawang, baru nak gunting lada kan ke macam melambatkan kerja. Kalau dah siap awal2 senang, terus je lebur dalam periuk. Bagi saya masa yang sesuai untuk saya sediakan stok2 ni bila weekend. Masa tu la banyak sikit masa terluang. Jadi apa salahnya kita luangkan masa untuk penyediaan bahan2 masakan untuk minggu akan datang. Kalau habis, top up lagi minggu depannya.

  • Untuk lada yang telah diblender, lebih elok kalau dimasak dulu supaya ia lebih tahan lama. Ini yang emak saya bagitahulah, tapi memang terbukti, ia lebih tahan lama berbanding yang tak dimasak.
  • Ikan, ayam, udang atau sotong pun sebenarnya boleh juga di bersihkan lebih awal dan dibekukan. Bila nak masak nanti semuanya dah siap tinggal call sesiapa yang ada di rumah untuk defross kan semula.
  • Pastikan juga segala macam bekalan rempah ratus mencukupi sekurang2nya untuk sekali masak. Sekadar ingin berkongsi, tahun lepas saya pernah menghadiri satu kursus mengenai 'account budgeting' penceramah menasihati peserta supaya tidak menyimpan terlalu banyak stok si rumah. Ia sebenarnya adalah satu pembaziran. Beli apa yang diperlukan sahaja. Maknanya, tak payah la kita nak jimat masa sampai beli berbungkus serbuk kari yang mana sampai satu masa, tarikh luput ke mana serbuk kari ke mana.

Ok, itu saja tips yang saya nak kongsi untuk kali ini. Insya'Allah kalau ada lagi yang terbit di minda saya kongsikan lagi. Bak kata Melz.. "Sharing is Caring" hehehe~



[auto publish]


post signature

You Might Also Like

21 Th♥ught (s)

  1. kalo ada button 'LIKE' mcm kat FB.. leh klik 'LIKE' kat entry nih. hehehe

    ReplyDelete
  2. vagg.>>hehehe..tq vagg nti sy psg button tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. betul tu coz aku dr dulu amalkan mmg cara tu

    ReplyDelete
  4. Mummy Dasy >>tu la..mnjimtkn mase n tnage..hehehe

    ReplyDelete
  5. Zuhaini >>hehehe..klau blm cube..blh mncuba.. :)

    ReplyDelete
  6. sebijik macam my mom..
    even now dia dah bersara pun, tetap sama conceptnya..
    yelah, kalau tetiba sedara mara datang..busuk2 mee goreng sap sap sui boleh siap.. sebb bahan dah ada..
    :)

    ATS Shoppe - where all things in one portal! Click and visit us!

    ReplyDelete
  7. yup..
    lebey senang jew mo masak kalo macam neyh...
    sbb mummy i pown keja kan..
    so we olz guna cara neyh..

    tp part bawang2 tuh, juz kupas jew..

    bila nk guna baru la ikut kemahuan sndiri..nk tumbuk kew, nk blender kew..

    ReplyDelete
  8. slm ziarah....wah tips yg best... :)

    ReplyDelete
  9. *ayu the sun*>>btul tu..kot ade emergencyy ape2 snang..bhn dh ready..

    ReplyDelete
  10. a d r e y n i e e l i s y a>>o ye ke..sy smua hentam blend je..hehehe

    ReplyDelete
  11. Alimaz-Kembara Terasing>>u're welcome..hehehe

    ReplyDelete
  12. wah sungguh inpressed, lepas ni no alasn lagi utk TIDAK memasak kuikuikui

    ReplyDelete
  13. ~: UmmiNor:~>>hehehe btul tu..kdg2 mls gak..hehehe

    ReplyDelete
  14. alamak aku tiap2 hari kupas bwg..berkeroncong dulu perut encik suami.....eeeeee

    ReplyDelete
  15. senang camni...time bz apa dalam peti aias kasi campak je dalam kuali

    ReplyDelete
  16. ♫♪ Shahida ♫♪>>hehehe..ye ke..try la cube cam ni lak..

    ReplyDelete
  17. Didi Nadhirah>>tu la..xyah nk tnggu lame2 cmpk je trus..hehehe

    ReplyDelete
  18. masak lada? masak camne? rebus ke?
    sorry la...sy awek brutal baru blaja nak jd awek ayu...huhuhu

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!