Sumber: Berita Harian Online


RAJA Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim berkenan membaca ikrar taat setia selepas dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di Johor Bahru, semalam. - Bernama


Sumber:
MyMetro

JOHOR BAHARU: Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (gambar) dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor, semalam.

Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Besar, di sini, pada jam 3.20 petang. “Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris bergelar Tunku Mahkota Johor. “Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar Tunku Mahkota Johor,” isytihar baginda. Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda baginda atas limpah perkenaan dilantik sebagai waris takhta Johor. Tunku Ismail turut melafaz taat setia untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda baginda. Istiadat pemasyhuran itu turut disaksikan kerabat diraja yang lain dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadot membacakan doa sejurus istiadat pemasyhuran selesai. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin.



*** Hari ni entri bersemangat kenegerian. Harap maklum :)

[auto publish]

post signature