..ada orang cakap macam ni pada korang..

bini ko/ laki ko tu mandul ehh?? sian ek..
ohhh~ ini bukan terjadi pada diri saya atau En. Nazir, harap maklum. Ini terjadi kepada kawan kepada kawan saya. Saya berbual2 dengan dia pasal pregnancy, pasal masalah saya dan tiba2 dia buka cerita ni.

Kawan dia ni dah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat lagi. Jadinya dia selalulah pinjam anak2 kawan atau anak jiran2 bawa balik ke rumah ajak main2. Seorang jiran yang tak ada hati perut dah bagi soalan maut macam kat atas tu pada dia. Dia adalah seorang suami dan lelaki. Sungguh mencabar kewibawaan rasanya soalan yang jiran dia berikan tu. Harus di ili mulut dia yang tak ada insurans Takaful mahu pun ING sekali pun.

Ada ke patut bagi soalan macam tu kan. Zalim betul. Sangat2 zalim. Kalaulah isteri dia dengar, mesti kecil hati isteri dia kan. Mudahnya dia buat andaian macam tu. Sekarang ni dia dah ajak isteri dia pindah ke rumah lain, tak sanggup nak tengok isteri dia hadapi tekanan daripada jiran tetangga yang mulut tak ada insurans tu.

Ada juga kan manusia macam ni. Cubalah letakkan diri awak tu dalam diri orang lain. Awak akan rasa apa yang orang tu alami. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin tuhan belum nak bagi dugaan tu kat awak, esok2 siapa tahu. Inilah namanya qada' dan qadar. Kalau sekarang kita hidup senang, tak semestinya kita akan terus hidup senang sampai ke mati. Hidup ni ibarat roda, kadang2 kita di bawah, kadang2 kita di atas. Masa kita di atas tu, jangan pula kita lupa yang di bawah. Semua tu tak kekal lama. Sekarang tuhan bagi cash. What you give, you get back. What goes around, comes around. Haaa kan dah Hernee speaking jawa. Walau pun tak terjadi pada diri awak, cuba fikir2 kalau ianya terjadi pada anak2 awak, saudara mara awak, apa awak rasakan. Saya pasti mesti awak tertekankan dan itu jugalah yang orang lain rasa.

Dahlah penat nak taip panjang2 lagi, rasa geram dengan orang tak ada hati perut ni. Kalau terjadi pada saya, saya dah ada jawapan yang hebat lagi mantap. Apa pun saya akan doakan orang yang mulut tak ada insurans tu sedar sebelum tuhan bagi dia dugaan yang lebih hebat dari yang orang lain alami. Biarlah Allah yang balas semuanya, kita ni tak ada hak untuk menilai orang lain luar dan dalam. Noktah!



post signature