Family

Perompak Durjana Mula Mengganas Lagi

Wednesday, February 03, 2010

Malam tadi saya tidur awal, memang dua tiga hari ni penat yang amat. Kepala pusing je, maybe tak cukup rehat. Lepas je En. Nazir pergi main badminton, saya pun terus lenyap dari alam nyata ;p Masa En. Nazir balik saya sedar tapi terus je tidur semula.

Dalam pukul 3.42am adik saya Anna call. Terus rasa berdebar2, dalam otak fikir emak je tak ada lain. Ingatkan apa yang jadi dengan emak, coz semalam tengok ok je. Rupa2nya Anna beritahu yang rumah Mak Anjang, nyaris2 kena rompak. Mak Anjang ni makcik saya yang pernah saya paparkan home deco rumah dia dalam entri ni. Anna bagitahu yang dia dan ayah nak ke rumah Mak Anjang. Saya pun kejut En. Nazir kebetulan dia pun nak pergi sama. Rasa takut pula nak tinggal sorang2 dah dengar berita ni, saya pun ikut sekali.

Sampai di rumah Mak Anjang, En. Polis, ketua kampung dan orang2 kampung dah berkumpul. Kami terus tanya apa yang terjadi. Rupa2nya perompak tu nak masuk rumah Mak Anjang melalui tingkap dapur. Cuba tengok gambar kat bawah tu.



Dalam pukul 3am sepupu saya terjaga bila terdengar bunyi berdenting2 kat dapur. Bila dia jengah dapur, rupa2nya sorang perompak tengah berusaha keras nak masuk dari tingkap. Tiga keping cermin tingkap dah selamat dibuka dan palang2 besi dah digunting. Kiranya memang tepat pada masanyalah sepupu saya terjaga. Kalau tak mungkin dia dah selamat masuk dalam rumah. Sepupu saya terus menjerit nak sebut mak dan ayah pun tak terkeluar sebab dah tergamam katanya. Bila dah tahu tuan rumah terjaga dan dah bertentang mata terus je perompak larikan diri. Tak pasti perompak tu ada berapa orang.



Tengok tu habis semua diguntingnya. Kurang asam betul punya perompak. Sebenarnya, dapur Mak Anjang saya betul2 depan tingkap ni dan kebetulan ada periuk lauk kat atas dapur. Si perompak sempat keluarkan periuk lauk yang berisi tomyam tu. Sebelum masuk tomyam2 tu sempat dibedal.


Ini buktinya, dah tinggal sikit isi tomyam diorang kerjakan. Sabar je la kan si perompak ni. Mungkin diorang nak kena ilmu pukau tapi bila tuan rumah dah terjaga, sah2 ilmunya tak menjadi.



Ini dia satu lagi bahan bukti yang tertinggal, sebilah parang. Dah nak cepat cabut lari sampai parang dia pun tertinggal. Bahaya betullah perompak2 sekarang ni, masing2 berbekalkan senjata2 bahaya. Dua hari lepas, kawasan yang sama juga dah kena rompak dua buah rumah yang jadi mangsa. Kebiasaannya mangsa2 akan diikat dan diacu dengan parang atau apa2 alatan tajam. Perompak ni buat semua orang tak senang tidur. Sepupu saya kata dia boleh ingat muka perompak tu, muka boleh tahan handsome, badan kecil2 saja. Kalau muka handsome tapi kerja merompak apa guna ye tak.

Peringatan untuk semua, terutamanya penduduk sekitar Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah, sila berhati2 kerana perompak dah mula mengganas lagi. Diorang dah tak kira siang malam asal sempat je diorang mulakan operasi merompak. Diorang memang dah tak ada kerja lain selain merompak. Operasi berjaga malam oleh penduduk kampung masih diteruskan. Ayah saya pun join operasi berjaga di taman sebab kawasan rumah kami pun adalah kawasan rompakan juga. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara2 yang tak diingini berlaku.



post signature

You Might Also Like

19 Th♥ught (s)

  1. singgah umah hernee jap. pe kaboo...dh sihat ke..

    ReplyDelete
  2. shahida® >>alhamdulillah dh sihat dh..hehehe

    ReplyDelete
  3. eeee.. ngerinya,
    saya pun slalu tinggal ngan anak2 bila suami os.. ni yg risau ni..
    alhamsulillah MAK ANJANG selamat

    ReplyDelete
  4. macam mana ni.. skang tinggal berdua jek ngan nawfal.. jiran sblh tu cam tido mati jek.. adoii..

    ReplyDelete
  5. cikgu isza >>tu la slmt la diorg x smpt msuk lg..

    ReplyDelete
  6. Alimaz-Kembara Terasing >>alhamdulillah la..bhyakan ade ank dara lg..

    ReplyDelete
  7. iedaLUVsham >>very2 d seram u..tu la rsau gak kt area umh mak tu..

    ReplyDelete
  8. chelong umah makcik ko tu bertutup ngan jaring2 ijau yg kat parang tu ke? ish seram aku dah asik tido ngan anak2 jek.. kdg2 aku ni tido x sedar diri ( ye ke kdg2, selalu kot)

    ReplyDelete
  9. Mummy Dasy>>bukn le..prg tu diorg yg ltk kt situ..jgn tdo mati long..bahaye tu..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. ishh bahayanye..cara rompakan camtu sama je macam makcu saya...perompak masuk ikut tingkap..siap potong camtu la..dan yg masuk tu adalah lelaki yg kecik je bdn dia...diaorg ikat muka diaorg guna kain lap kaki ..hehe..tapi malang naseb makcu saya sbb mmg habes sume brg kemas dan duit dia..perompak indon yg durjana...seminggu pastu kawasan yg sama ade rompakan lagi..kali ni pakcik yg kena rompak putus kepala kena tetak..ngeri je bila ingat2 balik...

    ReplyDelete
  12. shakeymirza >>aduhai lg sadis ni..bahaye kn..dorg leh wat ape je asalkn diorg dpt duitnye..ni trus x ttup2 muke dh..

    ReplyDelete
  13. kurengggggggg.

    rmh sy penah kena pecah masuk dlu.
    seb baik kebetulan siang.. sume org xde.
    dikopaknya dinding belakang rumah.
    kebetulan ada pokok besar belakang rumah tuh.
    so mmg org susah nk nmpak sesapa buat keja keji tuh huhuh.

    masa tuh sy kat kolej lg.. kebetulan balik kampung.
    mak amik dr stesen bas.. trus anto ke rumah.. then dia g keja balik.
    kiranya masuk rumah tuh sorang2 la.. kalo la perompak tu ada lg.. mmg nahas le tuan rumah. bkn perompak huhuh.

    perasannya pun bila semua brg bersepah kat bilik.

    ReplyDelete
  14. gd job!!! bley jd reporter nih.. da bnyk umh kna pch msuk pn x dpt tgkp lg.. risau btol nih!!

    ReplyDelete
  15. vagg. >>lor ye ke.. ha kn siang2 pn dorg brani..ape la nk jd ek..

    ReplyDelete
  16. note2remember>>hahaha..reporter la sgt faz oi..hehe..a'ah bile la nk kna tngkp dorg ni..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!