~Entri ni Ean tujukan khas untuk Mummy, Daddy, Cece & Keke tanpa was2~



Kehadapan Mummy, Daddy, Cece & Keke yang dikasihi,

Maafkan Ean kerana menyibuk di dalam blog Umi Long yang Ean sayangi ni. Tujuan Ean menulis entri ini adalah kerana Ean ingin meluahkan rasa hati Ean pada semua. Ean rasa sangat sedih ditinggalkan di kampung bersama bibik yang suka mendera Ean. Sampai hati Mummy dan Daddy buat Ean begini. Bibik sangat zalim. Dia selalu dera Ean tau Mummy. Kerja bibik asyik melayan FB je. Ean tak pernah dipedulikan. Bibik sibuk cari balak Indon dia yang hilang. Sanngup ke Mummy tengok anak Mummy jadi anak terbiar???? Jawab Mummy.. jawab..

Ean rasa sangat terhutang budi dan tergadai body dengan Umi Long dan Uncle N yang sudi menjaga Ean di sini. Ean anggap mereka berdua lebih dari Mummy dan Daddy Ean sendiri. Ean sentiasa ditatang bagai minyak cap buruh yang penuh. Apa yang Ean nak semua Umi Long sediakan.

My dear Mummy, Ean rasa kalau Mummy serahkan Ean kepada Umi Long pun Ean tak kisah. Ean rasa Ean serasi dengan mereka. Muka Ean pun macam sesuai je kalau jadi anak Umi Long.  Ean baru perasan yang kulit kami lebih kurang sama la. Mummy perasan tak Mummy? Mummy jangan buat2 tak perasan tau. Ean serius ni.

Bahagianya Ean dipelukan Umi Long. Ean dah tak kisah dah kalau Mummy tak nak jaga Ean lagi. Ean rela Mummy. Walaupun, Mummy selalu kutuk hidung Umi Long yang Ean sayangi, Ean tetap redha. Ean lebih seram tengok Mummy dari Umi Long.  Oh no Mummy~ Jangan sengih lebar2 gemuruh darah Ean tengok.

Rasanya cukuplah sampai di sini luahan hati Ean untuk Mummy. Daddy, Cece  dan Keke.. I'm sorry Ean lupa nak sebut nama kalian bertiga. Kalau panjang umur kita jumpalah nanti. Tapi masa tu Ean dah tak panggil Mummy lagi. Mungkin Ean panggil Auntie Cdot, Uncle Iskandar, Kak Echah dan Abang Kashah masa tu nanti :)

Penat dah Ean menaip disamping Umi Long tercinta ni. Ean berhenti kat sini dulu ya Mummy. Nanti kita sambung lagi. Bye Mummy.. bye Daddy.. bye Cece.. bye Keke..

Mummy.. I Love Umi Long More Than I Love U :) Muaaahhhh..


Ikhlas Tapi Jauh;
~Rayyan Akashah Hiew Iskandar Hiew~




[auto publish]