KPLI

Saya Merajuk Dengan KPLI.. :(

Wednesday, March 10, 2010

Semalam agak sedih bila semak panggilan M-Test KPLI-SR. Dengan semangat waja saya key in nombor kad pengenalan.. ************

dan hasilnya..



Harap maaf, nama anda tiada dalam senarai panggilan ujian MTeST.
Terima kasih kerana memohon.


Tak puas hati, cuba masukkan lagi.. masih keluar tulisan yang sama. Ohhh~ mungkin talian tengah sibuk semua orang tengah menyemak. Sejam kemudian cuba lagi. Masih yang sama. Pertama kali setelah berkali-kali memohon, saya tak dipanggil untuk MTest. Adakah kerana MOE dah jemu tengok nama yang sama tiap2 tahun?

Tak apalah MOE saya redha yang ini bukan rezeki saya. Bagi peluang untuk orang lain yang ingin mencuba. Mungkin rezeki saya masih di sini, jadi saya akan terus jaga rezeki yang ada.

Ina, kawan sebelah meja masa MTest tahun lepas sms bagitau yang dia pun tak dapat, Siti yang pertama kali memohon pun tak dapat panggilan Mtest. Bukan rezeki kita kawan2.

Tapi.. ada tapinya.. rasa tak puas hati pula bila Ina kata sepupu dia dapat tahun lepas guna orang dalam, hmmmm.. rasa macam tak adil. Pointer pun tak la sampai 3.0 yang lagi menghampehkan English F9.

Ini la namanya rezekikan. Kalau dah tertulis itu bukan rezeki kita, jadi redha je la kita dah usaha seadanya semuanya ketentuan Allah. Hidup mesti diteruskan. Mungkin saya memang belum cukup sempurna untuk mendidik anak bangsa. Itu ayat yang terbaik untu memujuk hati :) Masih ada ruang lagi untuk mencuba selagi umur saya tak melepasi 35 tahun. Percubaan seterusnya.. DPLI :)

Sesiapa yang belum menyemak boleh klik disini.



[auto publish]
post signature



You Might Also Like

10 Th♥ught (s)

  1. jangan la sedih2.. belum rezeki hernee kot... sabar ya..

    ReplyDelete
  2. kite senasib la hernee, teruk betul skang nih...menyampah pun ader...buang duit jek mintak....
    1st time xleh mtest..eyyyyyyyyy...geram ni

    ReplyDelete
  3. insyaAllah.. rezeki awak kat tmpt lain.. ot mayb better next time..
    Allah knows best!
    :)

    VISIT ATS-SHOPPE ~ Click here for a lot of products out for grab!

    ReplyDelete
  4. cube DPLI pulak ye pasni.. jgn give up =)

    ReplyDelete
  5. shahida® >>same la nape ek?rmai x dpt tau..

    ReplyDelete
  6. *ayu the sun*>>btul tu kak ayu..btw tq ye

    ReplyDelete
  7. Hi awk. just jln2 tngok ur blog..btw, Alhamdulliah, kali ke3 nih sy dpt Mtest KPLI..x pe..nnti awk try DPLI la ye..nice to meet u..

    ReplyDelete
  8. Kisah Hidup Saya >>hai.. its ok..bukn rzki sy.. gud luck tau..jwb btul2..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!