Entri ditaip saat mata sepet ini sedang gigih melawan rasa mengantuk di malam yang sepi. Saat ini juga saya sedang menanti kepulangan En. Lee Chong Jay Nazir dari perlawanan badminton Piala Dunia Sendiri hehehe~ Tak sabar nak menunggu piala apa yang dia bawa pulang nanti ;p Kalau setakat bawa balik penat dan daki, maka hilangkanlah penat itu sendiri ;p

Hari ni dan esok saya akan menghadapi kesibukan yang melampau di sebelah pagi hingga tengahari. Jadi kamu, kamu dan kamu jangan rindukan saya kali ini ;p Kita akan bertemu di alam maya di malam hari. Itu pun andai jari jemari yang tak berapa runcing ini berdaya upaya nak menghidupkan cik lappy. 

Tunggu sajalah entri2 yang dah saya schedule yang akan menjelma nanti. Kalau tak menjelma lagi, bacalah puh kanan puh kiri. Saksikan apa yang keluar nanti. Sebelum saya merapu lagi, lebih baik saya berhenti di sini. Kalau dah Semat Berukband ini menunjuk aksi, maka terbantutlah entri ini.
Ada lagi.. Tak lupa untuk Mummy Dasy.. selamat hari deepavali.. aeh tersalah lagi.. selamat hari jadi.. semoga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki.. bila lagi nak tambah baby??? sian Danish dan Daneen teringin nak jaga adik sendiri.. kan bagus kalau dapat tambah tahun ni, mesti suka En. Hubby.

Empunya blog mengundur diri. Harap semua sudi ke sini lagi. Buatlah macam blog sendiri. Tapi jangan sampai empunya blog makan hati tengok korang yang over acting sekali.

Akhir kata, selamat berbakti untuk ibu pertiwi ;p

Sekian edisi mengarut dari si Hernee harap semua tak serik ke sini. Minta ampun saudara saudari, kamu semua sahabat sejati yang terpahat di sanubari :)

Tamat. Noktah.

[jangan bagi makhluk tuhan yang tak seksi ni mengarut lagi, kalau mengarut susah nak berhenti buatkan orang sakit hati rasa nak hempuk dengan besi ;p]



[auto publish]