Aktiviti hari Sabtu, lepas breakfast kami ke Tanjung Nelayan. Lokasinya betul2 dihujung kampung. En. Nazir nak cari ilham katanya, jadi saya pun digalakkan menempel sama :)

Sempat posing2 maut syok sendiri nasib baik En. Nazir sanggup melayan hehehe~ Layanlah gambar model kapal karam kat bawah ni ye ;p






Tengah berposing2 tiba2 teringat seseorang.. dan seseorang itulah kawan saya berbual  suatu ketika dulu. Saya panggil dia Mak Ngah. Setiap kali waktu cuti semester saya akan bekerja sebagai waitress di Restoran Tanjung  Nelayan, dulu lokasinya di pesisiran pantai Tanjung Kupang, sekarang dah bertukar ke Tanjung Nelayan masih dalam kampung yang sama. Rumah Pak Ngah dan Mak Ngah dibuat di kawasan jeti nelayan. Jadi bila pelanggan tak ada, saya akan bersembang dengan Mak Ngah sambil tengok Mak Ngah buat ikan kering. Walau berbeza usia, saya serasi berbual dengan dia. Sebenarnya Mak Ngah ni nenek kepada kawan baik saya Amir. Dah macam nenek saya juga la nampaknya.

Dah lama tak jumpa Mak Ngah, sedar tak sedar satu jam juga kami berbual. Sempat kenalkan En. Nazir pada Mak Ngah. Sebelum ni En. Nazir hanya kenal Pak Ngah masa dia nak memancing. Pak Ngah ni ambil upah hantar dan ambil pemancing2 tegar di kawasan perairan Tanjung Kupang ni.



Inilah dia Mak Ngah, yang memang mahir dalam membuat ikan kering. Ikan2 segar dari laut akan dibuat ikan kering sebelum dijual dengan harga RM10 sekilogram. Sesiapa yang nak beli boleh bagitau saya, insya'Allah saya boleh bawa jumpa Mak Ngah.



Menurut kata Mak Ngah, arwah emak dia yang mengajar dia dari kecil membuat ikan kering dan sampai sekarang dia masih mengusahakan perniagaan ikan kering secara kecil2an ni. Sempat juga dia berkongsi kisah suka duka hidup dia dan dia menasihati kami supaya sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup berumahtangga.



Khusyuk saya mendengar cerita Mak Ngah. Sekejap serious, sekejap ketawa. Apa yang penting satu jam yang penuh dengan keceriaan.




Saya tengah buat inspection, tengok ikan2 kering yang Mak Ngah jemur ;) Banyak betul ikannya, stok ikan yang tak dibuang isi perut pun masih banyak. Kalau ada masa terluang boleh juga tolong buat ikan kering hehehe~




Banyakkan? Ni la hasil ikan kering buatan Mak Ngah. Ramai juga yang pelanggan Mak Ngah yang membeli ikan kering ni. Ingat tau, kalau nak beli boleh contact Assistant Mak Ngah yang pakai baju pink tu hehehe~

Untuk Mak Ngah, thanks ye berkongsi pengalaman dan cerita suka duka dengan saya. Lain kali saya lepak sana lagi.

[auto publish]



post signature