Dugaan

Thanks Faiz :)

Wednesday, March 17, 2010

Sedih pula hati malam2 ni.

Tengah chat dengan my junior kat UiTM Melaka kat FB. Kami diuji dengan ujian yang sama. Mak kami pesakit kanser. Cuma kansernya yang berlainan jenis. Mak saya kanser pangkal rahim dan arwah Mak Faiz kanser payudara.

Thanks Faiz, berkongsi pengalaman dengan akak. Akak hargai apa saja nasihat Faiz. Kita sama2 faham perasaan masing2 bila tengok Mak yang melahirkan kita terlantar sakit. Sumpah saya sangat sedih.  Sangat. Tuhan saja yang tahu hati saya, cuma kadang2 saya kaburi kesedihan saya dengan tawa ria. Tak ada lain yang saya harap saat ni, selain dari melihat Mak saya sihat seperti dulu.

Saya redha dengan ujian ini. Allah takkan uji kami, kalau Dia tahu kami tak mampu untuk menghadapinya. Semoga ujian ini mendekatkan kami padaNya. Semoga Allah ampunkan dosa Mak dan kurangkan penderitaan yang Mak hadapi. Luv u mom!

Air mata tolong pergi jauh dari diri ini!

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. jgn la camni long...aku sentap...aku tgk pic mak ko td..kurus dia, long...lama dah tak tgk dia, tak tgk dia senyum, tak dgr suara dia..nenek robot..nenek robot...ko kuat kan..utk mak ko dan adik2 ko...ko mesti kuat...ko ada n...pegang bahu dia bila ko nak jatuh...tp aku harap ko tegak smpi bila2...

    ReplyDelete
  2. sabar la banyak2. aku doakan semoga mak ko dan mak faiz cepat sembuh.

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!