HSA

Update Pasal Mak

Friday, March 12, 2010

Semalam bawa Mak ke HSA ada appiontment dengan doktor. Doktor suruh datang pukul 2.30pm tapi kami sampai lewat sikit. kami diarahkan ke Palliatives Care Unit (PCU). Kiranya untuk pesakit yang dah settle semua rawatan, diorang akan hantaar ke PCU ni.



Mak yang sedang menunggu kedatangan doktor.


Lebih kurang 1 jam menunggu barulah doktor sampai. Doktor yang incharge, Dr. Athiya Devi. Peramah doktornya ni. Dia tanya Mak macam2. Apa yang Mak nak sekarang ni. Mak pun jawab "nak sihat macam dulu". Sedih pula hati dengar Mak cakap macam tu. Sabarlah Mak, kami doakan Mak cepat sihat macam dulu. Doktor pesan macam2, supaya jaga Mak elok2. Biarkan je apa yang dia nak buat. Kita semua dah berusaha buat yang terbaik untuk Mak, sekarang kita kena doa banyak2.



PCU ni akan handle pesakit kanser yang dah menjalani rawatan kimoterapi, radioterapi dan brachyteraphy. In case Mak ada masalah lepas ni, doktor suruh kami contact PCU dan kalau perlu Mak akan ditahan di wad PCU. Wadnya sangat menggerunkan. Rasanya kalau Anna yang stay jaga Mak, maunya tak turun ke bawah jawabnya. Ala2 wad zaman dahulu kala gitu. Mak dah didaftarkan di Palliative Care Association, Johor Bahru. Tapi malangnya service diorang 20km from HSA je. Belum cover area Gelang Patah lagi. Semalam saya cuba bodek2 Nurse Foo tu, katanya kalau ada apa2 masalah Mak contact dia or sms je. Kalau perlukan wheel chair or any medical equipment diorang boleh sewakan. Untuk bekalan ubat Mak, PCU akan supply sebulan sekali. Kami kena call dan inform staff PCU, then baru boleh datang HSA ambil ubat.

To all PCU staff, thank you so much.

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. ☺[ai][sUmi]☺Chan >>amin2..tq aisumi..

    ReplyDelete
  2. amin...amin...dari aku yg jauhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  3. ::cdot the dot:: >>tq ppuan, isteri dan dot dot dot.. hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!