>>Kami staff PTP menyokong Hari Bumi<<


Hari ni Hari Bumi ya kawan2. Saya sebagai Duta Health, Safety & Environment Department, PTP mengajak kawan2 semua memelihara bumi kita. Wah, duta katanya hehehe~ Menggigil boss saya baca. Kat sini saya nak bertanya pada diri saya sendiri dan kawan2 semua, apakah tindakan anda untuk memanjangkan usia bumi???

Contoh paling mudah yang saya boleh bagi ialah dengan mengamalkan kitar semula dan mengurangkan penggunaan elektrik. Harap2 semua pernah ambil tindakan2 di atas tu.



Kalau nak sokong Earth Day, baju pun mesti warna hijau ya ;p



Inilah Cik Ita  yang bertanggungjawab dalam kempen mememelihara bumi.



Suasana office dengan lampu yang dipadamkan hanya menggunakan day light sahaja. Boss besar masuk terkejut campur suka tengok kami yang promote Earth Day, nasib baik dia tak panggil DCEO datang melawat office kami hahahaha~ Poyo di situ.



Boss separa besar tengah buat apa tu ek? Macam nak marah pun ya. Takkan lah nak marah kot. Kak Intan tu ha tersorok je kepala dia.



Tak boleh blah siap pegang hanger lagi. Ni lah boss separa besar yang terlampau hahaha~ Mintak maaf Capt. Akashah, ni special appearance dalam blog saya ni hehehe~ Oh, satu2nya boss saya yang baca blog saya yang entah apa2 ni :)



Mat gadjet ni acting je lebih ni. Workstation dia bukan kat sini pun sebenarnya hehehe~ Tapi kerana nak promote Earth Day dia terduduk pulak kat sini. Konon2nya nak buat entri ala2 serious pasal Earth Day tapi termengarut di tengah jalan pulak. Maklumlah masa menaip ni mata dah kelat. Tengok jam dah pukul 12am dah.Nak tidur esok nanti ada yang tak sedar pulak.

Apa pun 'SELAMAT HARI BUMI' sama2 kita pelihara bumi kita ya kawan2.




©Hernee Nazir – Dua hari ni semangat pakai baju hijau lagi ngeeeee..