Berita Din Beramboi

Al-Fatihah Buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi

Friday, April 02, 2010


[Gambar ihsan Beatifulnara]

Al-Fatihah Buat Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Info selanjutnya, yang dipetik dari mStar Online.

KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

You Might Also Like

4 Th♥ught (s)

  1. salam..
    Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman
    Al-Fatihah..

    p/s : Salam takziah juga di atas pemergian bonda tercinta pd 23/03/10.Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!