Petua terbaik yang tak berapa baik daripada saya untuk yang mengantuk tahap dewa2:
  • jalan2 satu office..
  • kacau orang lain ajak berbual..
  • basuh muka dengan harapan mata jadi segar..
  • sengkang mata dengan mancis.. tapi hati2 sebab bahaya..
  • pergi beli jajan dengan harapan bila mengunyah hilang mengantuknya..
  • menyanyi sorang2 dengan harapan suara akan menjadi lebih merdu dan boleh menandingi Dato' Siti Nurhaliza.. haha itu tipu ;p
  • kalau dah tak boleh handle sangat pergi menyorok dalam stor atau pun tandas dan lelap sekejap.. << sila jangan ikut petua ini.. tak baik untuk kesihatan.. saya pun tak pernah buat ;p
Sebenarnya kalau dah mengantuk sangat ada masa saya rasa macam nak jogging dalam office. Tak pun buat apa2 senaman regangan otot biar mata jadi segar bugar. Tapi agak segan sikit lah, nanti boss ingat saya dah jadi tiga suku ;p

Apa korang buat kalau dah rasa mengantuk tahap dewa2??? Jom share kat sini nanti saya boleh cuba kalau saya mengantuk :)

©Hernee Nazir – Kalau rasa tak nak mengantuk tidur le awal tak payah layan blog.. tak payah layan fb semua tu hehehe~ << nasihat untuk diri sendiri..

[auto publish]