Hanya Dalam Mimpi :(
..tangan ini tak akan membelai lagi.. entri ini bukan untuk menagih air mata anda semua.. entri ini luahan hati saya yang masih pilu..bukan menolak takdir.. tidak sama sekali.. saya redha.. cuma ini cara saya meluahkannya supaya kesedihan yang terbuku dapat dileraikan sedikit demi sedikit...
Malam semalam sebelum tidur saya sempat buat apa yang patut. Doa banyak2 dengan harapan dapat berjumpa dengan dia dalam mimpi. Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya. Sempat juga saya jumpa dia, dapat melepas rindu walau hanya dalam mimpi.

Bila terjaga, saya rasa sedih sangat. Rasa tak nak keluar dari mimpi tadi. Rasa nak peluk dia lama2 dan tak nak lepaskan. Astaghfirullahal'azim. Saya bermimpi. Al-Fatihah saya titipkan untuknya setiap kali kerinduan menjelma.
Pagi tu saya ceritakan pada En. Nazir. Sampai office, saya masih teringat mimpi indah itu. Sambil menjalankan tugas, air mata saya bergenang. Saya melayan perasaan seorang diri. Bila dah tak tahan saya terus ke tandas menghamburkan air mata yang tak dapat ditahan lagi.
Hari ini genap 2 minggu pemergian arwah. Masih terngiang2 suaranya menahan kesakitan. Hilang rutin harian melayannya, mengurut badannya tatkala menahan sakit, membuatkan susu untuknya. Semuanya berlaku sekelip mata. Kadang2 rasa diri ini masih bermimpi. Rupanya semuanya benar belaka. Kadang2 mulut ini pantas saja memanggil namanya di rumah.Oh Tuhan, tabahkanlah. Semoga semakin lama hati ini akan pulih. Walau dada ini pedih menahan rindu. Pedih sangat pedih. Saya redha dengan ketentuan-Nya.Allah lebih menyayangi insan sebaiknya.
Alhamdulillah saat2 akhir, Allah memberi kami peluang menjaga arwah. Dia juga seakan tidak mahu saya melepaskannya. Setiap detik saya disampingnya. Bila hilang sekejap, ditanya kemana saya. Paling syahdu bila kami memohon maaf antara satu sama lain lima hari sebelum pemergiannya. Bergenang air matanya bila bermaafan dengan anak2 dan suami tersayang. Di pegangnya kepala saya, dia kata "nak cium". Sambil menahan tangis, saya berikan dia peluang untuk mencium pipi saya. Saat ini, tiada lagi ciuman darinya dan untuknya setiap kali saya ke tempat kerja. Tatkala tangannya menggapai ayah, air mata tak tertahan lagi. Syahdu sangat syahdu.
Kami masih meneruskan rutin melayannya seperti hari2 biasa, ayah pesan "jangan tinggalkan mak walau sekejap". Dalam hati saya, dapat mengagak maksud ayah, tapi masih terus berdoa yang dirinya akan terus kuat melawan penyakit. Kami bergilir2 menjaga, waktu tidur pun kami abaikan. Setiap kali ada kesempatan, saya cium dia puas2. Jiran tetangga, saudara mara tak henti2 berkunjung menziarah dari hari Jumaat sehingga saat2 akhir. Alhamdulillah, terima kasih semua.
Malam terakhir kami bersama, saya rasa kakinya mula sejuk. Saya hanya menyedapkan hati sendiri. Tak mahu berfikir yang bukan2. Kami tetap meneruskan tugas seorang anak2. Kalimah2 Allah dan bacaan ayat2 suci tak henti kami titipkan mohon Allah permudahkan segalanya. Dalam hati masih mengharapkannya kembali seperti dulu.
Bila hari semakin pagi, kakinya semakin sejuk. Saya memujuk hati supaya bersabar dan tenang untuk menghadapi apa jua yang terjadi. Pagi itu masih sempat lagi, menjalankan rutin harian. Kerja di pejabat saya lupakan buat seketika. Mak adalah segala2nya. Waktu menginjak ke tengahari, keadaannya semakin membimbangkan. Kami anak beranak sentiasa disisi. Lupa waktu makan. Perut serasakan kenyang. Dia dah tak mampu menyahut panggilan kami lagi.
Semakin petang semakin ramai kawan kumpulan Yaasin arwah berkumpul membacakan surah Yaasin. Kami tetap di sisi menemani. Dalam hati hanya Allah yang mengerti. Saat2 kehilangan akan tiba bila2 masa saja. Saya berusaha menjadi kuat yang saya mampu, walaupun adakala saya tersungkur lemah.
Kini, kemana pun saya berada di dalam rumah ini, saya dapat rasakan dia ada bersama saya. Saya takkan pergi jauh dari adik2 dan ayah. Alhamdulillah Allah mengurniakan saya suami yang sangat2 memahami. Segala dugaan yang menimpa saya selama ini terlalu banyak hikmahnya. Allah mengatur dengan sempurna segala2nya.
Rindu ini takkan pernah pudar untukmu bonda tersayang. Tenanglah bonda di sana. Amin.

Azan Asar berkumandang, dia masih begitu menunggu saat dijemput menghadap Yang Maha Esa. Semakin ramai yang menziarah. Jam 6 petang, nafas semakin perlahan, kalimah Allah tak putus kami ucapkan bergilir2. Alhamdulillah dia masih ingat Yang Esa.
Jam 6.15 petang, nafas semakin lemah. Waktu semakin dekat. Sayup2 kedengaran alunan nafas.
Jam 6.20 petang arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Sebak hati, lemah segala sendi , melihat bonda tersayang terbujur kaku. Allah Yang Maha Esa telah menjemputnya dengan tenang. Syukur alhamdulillah saya panjatkan. Sekurang2nya dia pergi dengan tenang. Sekurang2nya dia tak terseksa menanggung derita menahan kesakitan.
Terasa dunia ini gelap seketika. Kosong. Bonda yang selama ini melahirkan sudah tiada di dunia. Yang tinggal hanya sekujur tubuh kaku tak bernyawa. Saya cuba tahan air mata dari mengalir, tapi saya tak mampu.
Kami bertiga beradik sempat melakukan tanggungjawab terakhir seorang anak. Kalau sebelum ini Al-Fatihah dan tahlil saya sedekahkan untuk nama2 datuk, nenek, pakcik dan makcik serta kaum muslimin dan muslimat yang lain tapi kali ini Al-Fatihah dan tahlil ini saya tujukan untuk bonda saya sendiri.
Arwah selamat dikebumikan pada 24 March 2010 jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Tanjung Kupang bersebelahan dengan kubur arwah emaknya iaitu nenek saya. Syukur tak terhingga, semuanya berjalan dengan lancar.
Kini, kemana pun saya berada di dalam rumah ini, saya dapat rasakan dia ada bersama saya. Saya takkan pergi jauh dari adik2 dan ayah. Alhamdulillah Allah mengurniakan saya suami yang sangat2 memahami. Segala dugaan yang menimpa saya selama ini terlalu banyak hikmahnya. Allah mengatur dengan sempurna segala2nya.
Rindu ini takkan pernah pudar untukmu bonda tersayang. Tenanglah bonda di sana. Amin.
..Al-Fatihah buat bonda Kasmah binti Daud..
31 Comments
Al-fatihah untuk arwah...
ReplyDeletelong, aku nak ko tau, aku sentiasa ada utk ko...dan n adalah yg terbaik utk ko...perempuan yg baik adalah utk lelaki yg baik...moga mak tenang di sana, long..
ReplyDeletesalam sis.. just nk share something.. kata org.. dlm tempoh 7hari selepas kematian seseorg.. rohnya masih ada berhampiran kita.. dlm tempoh 40hari pertama rohnya sudah dinaikkan kelangit tp die masih melihat kita.. sbb tu akak rase die masih dtg dlm mimpi.. selepas 40hari barulah dinaikkan kelangit ke 7 jika semua perkara didunia telah diselesaikan oleh waris... pengalaman kite mungkin lebih kurang sama tapi rasenye kak hernee lebih beruntung sbb arwah sempat memaafkan... mcm kami terasa kesal sgt sbb xamik cuti pjg utk jaga arwah..namun kami faham arwah mak dah maafkan kami... mmg perit xtertanggung kan.. faiz bukan nk tmbh kesedihan akak... tp ape yg kak hernee rase itulah yg faiz rase hingga saat ni.. harap kak hernee terus tabah menghadapi hidup ni.. byk pengalaman bile menghadap kematian seseorg kan... xtau lagi nasib kite macamane bila mengadap sakaratulmaut.. harap pengalaman yg ade menjadikan kite lebih dekat dgn yg maha pencipta alam ini... insyaAllah.
ReplyDeletesaya faham kesedihan tu.. mesti same dengan saye sewaktu kehilangan arwah atok yg sgt rapat dgn saya.. tp ini mak, mesti lg perit.. sematkan dalam hati, kita akan berjumpa lagi dengannya di akhirat jika diizinkan Allah.. marilah kita same2 menjaga ibadah kita.. (hugsss)
ReplyDeleteHernee,
ReplyDeleteLyn faham perasan hernee. Lyn pun mempunyai pengalaman yg sama cam hernee gak. Kita sama. U kehilangan bonda yg dikasihi, manakala Lyn telah kehilangan abah yg dikasihi hampir 7 thn.
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Al-fatihah. Amin
Ya Allah,sebaknye sy..tringat kat mak yg x bape sehat kt kg.
ReplyDeletesedey betul sy kak...byk2 kan bersbr yer kak. yg penting akak dapat jaga arwah hingga ke akhir nyawanya..
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah....
owh....sedihnya baca entry ni. Banyakkan sedekah Fatihah utk arwah. Itu je cara utk "tunjukkan" sayang kita sebagai anak kepada dia.
ReplyDeleteBe strong ok!
p/s : selalu akak berdoa, supaya Allah bagi akak kesempatan utk jumpa parents bila tiba saat ajal mereka. Diaorg kat Penang, akak lak kat Johor...jauh sangat!
kak tabahkan hati , kuatkan semangat . al - fatihah utk bonda tercinta .
ReplyDeleteMummy Dasy>>thanks long..
ReplyDelete::cdot the dot:: >>amin2..insya'Allah..
ReplyDeletesebak saya membacanya. al-Fatihah untuk arwah...
ReplyDeletebaru semalm haku buat tag 'my mother is sick',
ReplyDeletesalamm,
faiez's>>btul tu faiez mmg roh die masih ade lg..
ReplyDeletethanks 4 ur support..kte pernah lalui bnda yg same..hrp2 mak kte tenang kt sane..
cik syazni>>btul tu cik syazni..same2 la kte jage amaln kte spya mereka kt sane bahagia..
ReplyDeleteLyn Yusoff >>thanks dear..doa sy tujukn utk abah lyn juga, semoga rohnya dicucuri rhmt..
ReplyDeletebizzonline >>eya..jngah2 la mak slalu..die mmg mnghrpkn kte ade dsamping die slalu..
ReplyDelete~mama danish~ >>alhamdulillah ida..syukur sgt2..thanks ye..
ReplyDeleteYatieJay >>dooa byk2 kak..insya'Allah Allah dngr permntaan akk tu..
ReplyDeleteAus MeLankoLik >>thanks aus..
ReplyDeleteZety Zin >>thanks zetty..
ReplyDeletetunbegia >>o ye ke..sy dh snggah ke blog awk dh..smoga mak awk cpt smbuh ye..
ReplyDeleteHernee, banyakkan sabar ye. selalulah sedekah kan bacaan Yasin & Alfatihah kepada arwah. Moga awk tabah.
ReplyDeleteTabahkan hati mu..makcu faham perasaan k long tika ini.bersyukurlah kak long dapat menemaninya hingga ke akhir hayat..makcu juga berasa puas sempat menghadap memang itu yang makcu harapkan..puas juga dapat bersama2 dia selama sebulan ketika dia menjalani kemoterapi di HSI..tetapi itu tidak memadai dengan layanan arwah pada makcu sehingga melahirkan anak yg ke2..makcu amat rindukan mak..dua malam awal minggu pertama mimpi bertemu dia..dia senyum puas..makcu yakin dia bahagia di sana..setiap kali menonton tv di bilik belakang pasti akan terkenangkan dia..masih terbayang wajah manisnya..terbayang memori indah bersama dia ketika mandi, makan dan masak bersamanya..hilai tawanya masih terngiang-ngiang..semoga ngah bahagia di sana..AlFatihah...
ReplyDeletePn. Zana>>thanks zana..itulah yg sy wat..
ReplyDeleteal-fatihah utk arwah... moga bonda hernee digolongkan dlm golongan org2 yg beriman...
ReplyDeletesaya yg sedih... sbb terimbau kembali saat2 pemergian nenda di depan mata... kisahnya hampir serupa tp nenda pergi kerana sakit tua....
sabarlah ye hernee.... moga diberi kekuatan utk meneruskan kehidupan... syukurrrr.. encik suami hernee amat2 memahami...
Mama Khalish>>ape yg makcu rase..itu la yg org rase tp lbh lg rasenye..
ReplyDeletelailasani>>amin2..thanks kak..alhamdulillah la die fhm..
ReplyDeletesedih nya aku tgk gambar mak...rindu pulak kat dia..tak sgka da 1bulan dia takada..
ReplyDeletesedih nya aku tgk gambar mak...rindu pulak kat dia..tak sgka da 1bulan dia takada..
ReplyDeletesalam hernee.. takziah atas pemergian arwah mak. baru nk jenguk blog2 org. paham cemana rasa.. sbb dh pernah kehilangan ibu yg tersayang.
ReplyDeleteAL FATIHAH untuk semua yg telah pergi.
Thanks 4 ur comment.. peace!