Lepas mencari pengganti untuk mataku yang rabun ni, kami pun ronda2 kejap kat Kip Mart. Ronda punya ronda, terjumpalah Pesta Pengantin Kip Mart 2010.Walaupun kami bukan bakal pengantin, tapi saja gatal2 nak survey2 kat situ. tengok pakje2 andaman dan fotografi yang diorang tawarkan.






Siapa teringin nak disandingkan kat stage ni boleh daftar nama kat kaunter sebeleah stage ;p hehehehe pandai2 je buat cerita.

Ramai juga yang turut serta nak cari photographer ada, nak cari mak2 and kak2 andam ada, nak tempah kad kahwin ada, nak tempah kek kawin ada, nak tempah hantaran2 pun ada. Pendek kata rambang mata la kalau jadi bakal2 pengantin. Saya duk mencari juga kot2 AZ Saloon & Bridal ada buka booth kat situ. Tapi tak ada. 

Antara booth2 yang ada, Art & Novou Primedia Enterprise, Weddingcard.my, Mega Bridal Creations, Jalinan Impian, Dwi Nur Enterprise, Wafin Studio, De Casa Impiana, Sutera Rasa Cake House, Nasha Wedding Planner, Deanilah Beauty, De Chinta Bridal, Idaman Pengantin Anh dan CT Models & Beauty Studio. Lokasi kesemuanya sekitar Johor Bahru. Saya sekadar menyenaraikan booth2 yang ada, tak ada komisen atau apa2 motif lain dari penganjur.




Nasha Wedding Planner


Sempat juga berborak dengan salah sorang staff Nasha Wedding Planner ni. Tak pasti dia owner ke dia mak andamnya. Dia ingat kitorang nak survey2 andaman, rupanya pengantin dah lapuk hehehe~ Dia suruh saya promote kat fb, bukan sekadar fb, blog sekali ni ha saya promote tanpa apa2 habuan ;p sekadar nak berkongsi info je. Pelamin dia ni full of flowers. Warna dia putih suci je rasanya.




Mega Bridal Creations

Saya suka pelamin yang kaler pink hitam ni. Nampak cantik, dari kacamata rabun si penggemar pink yang tegar ni ;)



Pelamin ni pun nampak menarik membuatkan saya rasa macam nak bersanding lagi.hikss..


Yang agak kelupaan la dari bridal yang mana ;p Kaler dia memang terang benderang merah lagi. Berpinar mata pengantin ;p

Lepas dah snap sana sini, kami pun ke tempat lain yang perlu dirahsiakan hehehe~ Oleh kerana kepala pening macam nak pecah dan macam nak hantuk ke dinding kami terus je balik rumah. Serious kepala macam nak tercabut peningnya.

Bagi bakal2 pengantin yang nak survey photography package, bridal house, wedding planner, cake house bolehlah terjah ke Kip Mart Tampoi. Promosi berlangsung dari 16 - 25 April 2010. Cepat dapatkan tawaran terhebat untuk majlis perkahwinan anda yang gilang gemilang.



©Hernee Nazir - Saya menggunakan khidmat AZ Saloon & Bridal masa kahwin dulu dan sangat berpuas hati dengan service diorang. Thanks AZ Saloon especially to Kak Ida my mak andam.

[auto publish]