Tengah2 blogwalking kat blog kawan2 tiba2 saya terdengar suara esak tangis seseorang. Dalam hati dah dapat agak suara siapa. Saya keluar dari bilik dan telahan saya betul. Ayu tengah nangis. Saya tanya dia kenapa? Terus je perkataan 'mak' keluar dari mulut dia, bertambah laju air mata dia keluar.

Dua hari lepas masa kat office tiba2 dia sms saya, "Long.. aku rindu mak.. ko tak rindu mak ke? aku rasa nak sangat jumpa mak" saya tak reply sms dia tu. Saya tak nak terus melayan rasa rindu ni. Saya tahu saya takkan dapat lepaskan rindu ni macam dulu. Saya takkan dapat peluk dia lagi. Dalam hati je saya berkata.. "adik2.. aku pun rindu mak.. tapi tak nak terlalu tunjukkan kat korang.. aku tak nak korang terus meratap hiba.. nanti mak tak tenang kat sana.. aku redha walaupun hati aku pedih tahan rindu.. lagi2 time nak tidur mesti teringat dia.."

Semoga Allah tabahkan hati kita semua. Allah lebih sayangkan dia. 

Dah tak nak sambung lagi.. semakin panjang disambung semakin laju air mata ni keluar.

Esok genap 40 hari pemergiannya.. semakin jauh kami ditinggalkan.. semakin kami kesepian..

Semoga Allah izinkan saya bertemu dengannya lagi dalam mimpi..

Kami rindu mak sangat2..

Al-Fatihah..


©Hernee Nazir – Kawan2 doakan nenek saya cepat sembuh, sekarang dia kat HSA kerana masalah paru2 dan jantung.