Situasi dalam opis di petang yang hening lagi mendamaikan selepas menjamu KFC Blackpepper.

Tiba2 ada hamba Allah bersuara, (lebih kurang macam ni la dialognya)

"Dia dah datang"

Kitorang pun agak kepelikan, apa benda yang dah datang tu. Dia ni nampak makhluk halus ke agaknya. Dia ulang sekali lagi.

"Dia dah datang"

Sorang daripada kitorang bersuara.

"Apa yang dah datangnya?"

"Ni ha, dah datang dah, memang penuh satu mangkuk jap lagi"

Huwaaaa.. pengotor betullah. Nak berak pergi je la diam2, tak payahlah sampai cakap penuh mangkuk. Dah terbayang mangkuk yang penuh tu. KFC Blackpepper pulak tu. Yaaaaaaaaaaaaaaakkkkksssssssssssss..



©Hernee Nazir – Terbukti KFC blackpepper memang ubat pelawas yang baik :p