Hari Kanser Kebangsan

Hari Kanser Kebangsaan : 30 Mei 2010

Sunday, May 30, 2010


Hari Kanser Kebangsan
30 Mei 2010  


Hari di mana mengingati kepayahan pesakit2 kanser melawan penyakit yang mereka hidapi sehingga terpaksa berjaga di malam hari. Setiap saat ada saja pesakit terbaru. Na'uzubillah minta dijauhkan dari kita semua.

Bila ingat semula kepayahan arwah Mak melawan kanser servik yang dia hidapi rasa saya sangat kagum dan bangga. Mak mampu juga melawan walau kadang2 dia tewas. Mata inilah yang menjadi saksi. Mak memang kuat semangat, cuma dah ketentuan takdir dan dah tertulis dia pergi menghadap Yang Maha Esa dalam jangka masa setahun dari penyakit dia dikesan. Semoga Allah menjauhkan saya dan adik2 dari penyakit yang sama. Teringat pesan Mak, "kalau boleh biarlah Mak sorang yang merasa sakit ni, janganlah korang pun dapat penyakit yang sama" Insya'Allah Mak, semoga Allah dengar doa2 Mak yang lepas untuk anak2 Mak yang sentiasa rindukan kasih sayang Mak. Tenanglah Mak di sana, doa kami mengiringi. 


Al-Fatihah untuk Allahyarhamah bonda Kasmah binti Daud..


©Hernee Nazir – Tak mampu nak teruskan.. saya kalah dengan air mata sendiri..rindu Mak sangat2.. :'(

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!