Frenz

Kalau Dia Masih Ada..

Monday, May 31, 2010

.. genaplah umurnya 29 tahun hari ni 31 Mei 2010..

Al-Fatihah untuk Allahyarham Fazeal Mothar yang kembali ke rahmatullah pada 29 Mac 2010 beberapa hari selepas pemergian bonda tersayang.

Dia kawan baik saya, sangat baik. Dari sekolah sampailah ke akhir hayatnya. Dia pun sangat baik dengan arwah Mak saya. Setiap kali hari raya mesti dia akan datang ke rumah Mak. Dia suka kerepek popia Mak. Setiap kali balik raya dia akan tapaw bawa balik. 

Sedih sangat bila dapat tahu dia dah tak ada lagi. Allah dah aturkan semuanya, masa hari Mak saya meninggal dia sorang kawan yang saya tak sms dan bagitau Mak dah tak ada padahal saya rasa dia memang kawan sekelas yang paling rapat dengan Mak. Saya baru perasan bila saya dapat berita dia meninggal. Allah memang tak nak temukan dia dengan saat kematian di hari2 terakhir dia di dunia. Last saya jumpa dia masa dia datang rumah Mak nak jemput adik dia kahwin. Hari Raya yang lepas dia tak datang, mungkin dia segan saya dah kahwin tapi saya tak kisah pun sebab dia dah macam anak Mak saya juga.

Bila selak2 fail2 lama, terjumpa pulak notes2 lama masa zaman sekolah dulu. Sedih pulak rasa. Sabar je la kan, Allah lebih sayang mereka2 yang saya sayang. Semoga dia tenang di sana dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin.


©Hernee Nazir – Semoga kesedihan akan terus pergi jauh dari hidup saya.. saya lelah dengan kesedihan yang bertalu2..

You Might Also Like

6 Th♥ught (s)

  1. alfatihah pd yg tlh prgi... life still go on, hapy working long..

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah untuk Allahyarham...

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah utk arwah..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!