Manja2kan Diri.. Chewah ;)
Semalam duduk rumah sorang2, jadi tersangatlah boring adanya. Terus rasa nak ke kedai Mok De saya nak urut kaki dan buat facial treatment. Dah lama muka ni dah di bersihkan secara lebih berkesan ;p
Mok De saya ni baru je menceburkan diri secara serius dalam bidangp erniagaan. Kalau dulu dia bekerja di saloon kecantikan tapi sekarang dia dah mencuba perniagaan sendiri secara kecil2an.Kalau pun tak buka kedai ni, Mok De saya memang sediakan perkhidmatan rawatan muka, urutan bersalin untuk ibu dan bayi dan menjual ubat2 tradisional jamu2 ni semua dari rumah ke rumah. Mok De saya ni pun tukang jahit, siapa nak tempah baju kurung bolehlah tempah dengan dia ni.
Mula2 semalam saya mengurut kaki dulu. Ni guna mesin, kalau nak yang betul2 punya urut guna tangan Mok De la tapi semalam dia tak ada. Ila, sepupu saya je yang ada. Jadi treatment buat dengan dia je.
Urutan tapak kaki..
Urutan betis..
Lepas urut rasa ringan kaki nak berjalan. Hilang sikit rasa lenguh2 semua tu. Lepas tu buat facial treatment pulak. Rasa best bila muka kena belai.
Cuci muka dulu..buang anasir2 jahat ;p
Hidung terpaksa di cover dengan watermark kerana ditakuti akan ada manusia yang mengutuk hidung saya yang berdiameter lebih besar sikit dari hidung dia hehehe~ Lepas cuci muka dipakaikan scrub, sambil muka dibelai2. Terasa keluar semua anasir2 jahat tu dari muka hehehe.
Lepas cuci dicungkil2nya blackhead and whitehead yang ujud dan disedut guna mesin penyedut ni. Entah apa nama dia saya tak tahu. Saya memang jenis tak tahan sakit. Menjerit kena cungkil dengan Ila sampai meleleh2 air mata ni huhu.
Habis berbekas2 muka Kak Long ko kerjakan Ila..
Last sekali pakai mask. Masa tunggu mask ni kering saya sempat tertidur dan termimpi2 lagi hehehe. Oh, lupa pulak nak ambil gambar lepas muka dah jadi suci sesuci lebaran ;p
Perkhidmatan yang ditawarkan:
- Rawatan Muka - RM25
- Urut Badan - RM35
- Urut Kaki - RM15
- Sauna - RM 35
- Urutan Ibu Bersalin/ Bayi - RM100 sehari
- Jamu2 Tradisional - tak pasti harga setiap satu :)
Kalau siapa2 yang perlukan khidmat Mok De saya bolehlah email pada saya. Kalau yang ada contact number saya boleh sms untuk temujanji :)
©Hernee Nazir – Tolong menolong anak beranak punya bisnes :)
10 Comments
kena cari msa la mo wat semua neyh...
ReplyDeletemo manjakan diri juga!!!
lamanyaaa x buat
a d r e y n i e e l i s y a>>tu la kdg2 kte ni xde mase kn..time ade mase tu pergi je cpt2..hehehe
ReplyDeleteBestnya muka dapat rawatan.. Mcam skit je kne sedut tu
ReplyDeletesophie >>perit sket la..bg yg xthn sakit cam sy..hehehe
ReplyDeletebila tgk muka herne di belai.. saya yang rasa nak tertiton.. bestnyer..
ReplyDeleteko cover mcm mana baik pun, aku tetap nmpk lubang idung ko.....
ReplyDeleteni mak kakak ke, long? kat mana kedainya?? nak try urut lepas salin la..
rATu kEBaYA >>mmg smpat tdo dh tu..hehehe
ReplyDelete::cdot the dot:: >>kuang asam ko..tp bibir aku ok lg la kn..hehehe..
ReplyDeletea'ah mak kakak..kt pok je..leh ar kalo nk urut..
long..nnti lpas aku besrslin kiter g same2 eh..
ReplyDeleteaku pun nk wat gak..
ko da ckp tak kt dia aku booking buln 7 nnti..igt tau..
M.U.M.M.Y.P.I.N.K.>>dh aku dh bgtau..die knal lg ko..ar nk gi ajk aku nti..
ReplyDeleteThanks 4 ur comment.. peace!