Home Sweet Home

Menu Hari Sabtu Yang Indah Permai =)

Monday, May 24, 2010

Kan dah kata nak masak dengan bersungguh2, jadi kena kotakan walaupun lauk sempoi jek. Menu malam tu, ayam masak asam pedas Hernee Nazir's style, sawi goreng berencahkan sotong dan ikan kembung goreng berdua lebih baik ;p 



Ayam Masak Asam Pedas Hernee Nazir's Style ;p



Bahan2:

1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong
10 tangkai cili kering di blender
1 biji bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia ditumbuk
1/2 inci kunyit ditumbuk
secubit asam jawa
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
1/2 mangkuk air
garam dan perasa secukupnya


Cara2:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan2 yang ditumbuk dan diblender sehingga garing. Masukkan ayam gaul hingga sebati dan masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan perasa serta daun kesum. Kacau hingga rata sehingga masak.



Sawi goreng berencahkan sotong..

Bahan2:

1 ikat sawi
1/2 biji bawang besar dihiris mayang
1 ulas bawang putih dihiris mayang
1 biji cili merah dihiris mayang
sedikit ikan bilis
minyak masak untuk menumis 
sedikit air 
Cara2:
Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan ikan bilis hingga naik bau. Masukkan batang sawi dan sedikit air. Kemudian masukkan daun sawi dan garam serta serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati sehingga agak layu dan tutup api.



    Ikan kembung goreng berdua lebih baik ;p


    Resepi untuk ikan goreng berdua lebih baik ;p sila rujuk entri ini :) Kalau tak reti juga kena masuk kelas masakan di rumah saya setiap hari Sabtu dan Ahad hehehe. Wakaka..macamlah terror sangat masak.

    Selamat menjamu mata! :)


    ©Hernee Nazir – Alhamdulillah kenyang makan berdua, tapi masak macam makan berlima :)

    You Might Also Like

    12 Th♥ught (s)

    1. huwaahhh.. macam makan berlima ke? ngapa x ajak kami berdua.. huhuhuh..

      ReplyDelete
    2. teruja tgk ayam masak asam pedas tu.. :)

      jom ke APA KATA HATI pulak,
      MY MOM AND POLYP

      ReplyDelete
    3. wahhhhhhhhhhhhhhhh...asam pedas nmpk meletop jek....

      ReplyDelete
    4. JaNnAh >>kami terlupe la kami kt umah sndiri..ingtkn kami kt umh sane..hehehe

      ReplyDelete
    5. Alimaz-Kembara Terasing >>jmput tngok..hehehe

      ReplyDelete
    6. ::cdot the dot::>>biase2 je..i mane terer msk..hehehe

      ReplyDelete
    7. aduh kak... paling hajar xtahan tengok asam pedas akak tu... sedapnyer...

      ReplyDelete
    8. hajarus >>hehehe..ntah sdap ke x tu jar oi..hehehe

      ReplyDelete
    9. M.U.M.M.Y.P.I.N.K.>.wakaka..sorg sekor jd le..hehehe

      ReplyDelete

    Thanks 4 ur comment.. peace!

    Advertise with us!