Gambar ni saya jumpa kat FB officemate yang suka dengki.. yang penting ni waktu rehat bukan waktu bekerja ya :)


Semalam adalah hari memang serius punya tak larat. Bangun tidur before pergi kerja dah rasa lain macam. Tekak perit dan hidung kembang tersumbat. Tapi tetap menggagahkan diri pergi kerja dengan harapan akan dapat award pekerja paling berdedikasi :)

Masa kat office dah tak larat gila sempat terlentok kat meja. Ikut hati nak ambil time off reason utama nak tidur jap hehehe melampau betul. Minta tolong Pak Dollah bawa pergi klinik. Pukul 5.30pm terus call Aien nak tumpang balik, sangat tak larat kalau nak saing En. Nazir yang balik pukul 8 malam. En. Nazir pesan tak payah masak nanti dia beli je makanan. Itu sudah bagus ;p Terus rasa nak makan Prosperity Burger Olala yang Mok Teh saya jual. Tekak larung terus pesan 2 set sorang hehehe.




Kawan2 pernah makan prosperity burger Olala ni?? Haa saya pun baru 2 kali makan. Memang tak pernah dengar pun sebelum ni sampailah Mok Teh and Pok Teh saya buka bisnes jual burger ni. Rasa memang sedap, ditambah dengan mayonnaise and black pepper sauce yang saya request minta lebih tu. Nyum2. Sorang 2 bungkus kami makan ;p Oh, pelahap tak padan dengan demam. Kalau kawan2 yang kerja area PTP ni bolehlah menjengah gerai Mok Teh saya kat kantin PUB, Addarasa House. Gerai dia dibuka dari pukul 5pm sampailah 11 pm. Dijamin puas hati. Kalau nak info lanjut mengenai burger Olala boleh jengah website Olala. Kot la ada juga yang teringin nak menceburkan diri dalam perniagaan. Mana tahu boleh jadi usahawan yang berjaya satu hari nanti.

Itu saja nak membebel. Kalau nak cuba burger Olala sila contact saya. Nanti saya bawa awak2 ke gerai Mok Teh saya dan awak kena belanja saya 2 bungkus Prosperity Burger Olala. Setuju? :p


©Hernee Nazir – Dah lepas ni tak ada lagi entri tayang2 makanan takut ada ibu mengandung yang terliur.. nanti saya rasa berdosa ;)