Selamat Hari Ibu :(
Dengan berat hati membuat entri Hari Ibu :(
Selamat Hari Ibu
untuk ibu mertua yang saya kasihi Puan Tipah binti Yet.. dan juga buat makcik2, kawan2 dan semua wanita yang bergelar ibu. Semoga perngorbanan kalian diberkati Yang Maha Esa. Insya'Allah.
Sungguh tak disangka ini suapan terakhir di Hari Ibu tahun lepas. Masa ni Mak baru saja disahkan menghidap kencing manis. Tapi dia tetap ceria walau dalam hati hanya Allah yang tahu.
Kali ni ucapan yang dapat saya lafazkan hanya pada dua batu nisan sahaja. Pagi tadi kami sempat ke kubur Mak dan nenek2. Selepas membaca apa yang patut, dalam hati saya berkata "Selamat Hari Ibu.. Mak, Tok Mok dan Tok Esah.. semoga kalian tenang di sana"
Jasa dan pengorbanan kalian tak terbalas. Semoga Allah mengampunkan dosa2 dan mencucuri rahmat ke atas roh Mak, Tok Mok dan Tok Esah.
Al-Fatihah buat Bonda Kasmah binti Daud
Al-Fatihah buat Nenda Hjh Zaliha binti Hj Abd Ghani
Al-Fatihah buat Nenda Esah binti Kunuk
Ke Makam Bonda - Usman Awang
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang~
©Hernee Nazir – Segala kenangan bersama tetap segar dalam ingatan.. tenanglah kalian di sana.. buat yang masih ada kedua ibu bapa.. hargailah mereka.. tanpa mereka siapalah kita..
14 Comments
alfatihah utk mak...sbb tuh aku tak nak kuar kereta ikut ko pg td...aku tau aku akan sentap....
ReplyDelete::cdot the dot:: >>xpe ko doa dr jauh pn dh ckup..
ReplyDeletelg pun ko dh kna celur dlm keta kn..sauba tu..hehehehe
Hernee,
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk mereka..
semoga mereka tenang di sana..
Lyn Yusoff >>thanks lyn..
ReplyDeletedoa supaya mak ditenpatkan dikalangan yg beriman
ReplyDeletejoegrimjow>>amin2 insya'Allah..
ReplyDeleteselamat hari ibu... moga dicucuri rahmat.. ^____^..
ReplyDeleteMy new entry is ready
>> Jangan abaikan rupa sidebar blog u all..
AiZ>>thanks aiz
ReplyDeleteselamat hari ibu tuk ibu akak...
ReplyDeletealfatihah untuk nenek akak...
E.d.Y >>ibu mertua la edy..ibu akk dh pergi utk selamanye..
ReplyDeleteAlfatihah utk keluarga erni.. semoga mereka tenang disana..
ReplyDeleteNor Aishah >>thanks ye aishah..
ReplyDeleteal fatihah tuk arwah2..semoga dtmptkan diklgn org2 yg beriman.amin
ReplyDeleteatty's >>amin2..thanks k.ty
ReplyDeleteThanks 4 ur comment.. peace!