Petang tadi teringin nak minum ABC Asam. Dah lama puasa makan asam2 ni tetiba teringin pulak. Dapat info dari Jijah yang gerai Abang ABC tu buka. Thanks Jijah.  Terus bergegas ajak En. Nazir yang mamai2 baru bangun tidur dengan tak basuh muka ;p  ke Jalan Kelasi 2 Desa Paya Mengkuang.

Sampai2 je, dah ramai yang menunggu. Mungkin semua dah rindu dengan ABC dia yang 5 tahun sekali buka. Mungkin dia ikut musim, bila musim salji turun kat Desa Paya Mengkuang, dia tutup gerai. Bila musim panas baru dia buka semula hehehe. Selalunya En. Nazir rajin je berborak dengan dia, tanya kenapa dah lama tak buka. Jawapan standard dia, "ais tak ada" (padahal ais buatan sendiri ;p) Tapi kali ni jawapan dia dah berubah, "penceduk aiskrim rosak, spring dia cepat rosak" hahaha. Apa2 je la alasan Abang ni, kami tetap suka gila ABC dia.


Janji di FB yang mesti ditunaikan.. menayang gambar.. :)

[selamat menjamu mata wahai Rasidah, Suryati, Daniel dan Kamarul]




ABC Asam Special for me..


Isinya segala macam tok nenek asam dia sumbat. Pendek kata selak sana asam, selak sini asam. Muka sampai dah jadi masam dibuatnya. Apa yang penting, memang best!




ABC Special for him..


Yang ni pulak segala kacang, chocolate rice, nata de coco, aiskrim entah apa lagi entah pun dia sumbat.. memang puas hati..




Sangat sejuk tekak bila ABC Asam Special dapat lalu. Oh, abaikan asam merah yang besar itu. Saya ingat hidung itu mulut, almaklumlah faham2 saja ya hehehe. Jangan gelak ini bukan lawak ;p

Sebelum ni pun En. Nazir pernah buat entri pasal ABC ni. Kalau rasa nak baca ikut cara penyampaian En. Nazir boleh jengah entri ini >> ABC SPECIAL POWER<< 
Satu lagi pesanan dari saya, sebelum nak beli ABC ni, sila pastikan  tingkat keimanan dan kesabaran anda ditahap tertinggi setinggi langit ke tujuh, kerana penantian menunggu Abang ni buat ABC itu satu penyiksaan. Sekian :)


©Hernee Nazir – Ohhh.. mungkinkah entri ini akan di plagiat juga seperti status saya di FB yang diplagiat??? Sila plagiat kalau kamu mahu terima padahnya.. I HATE PLAGIARISM!!!