Lokasi Kedai Apek Lenggeng adalah di Pekan Lama Gelang Patah. Kenapa panggil Apek Lenggeng? Sebab Apek, tokey kedai ni suka berlenggeng. Tahu tak apa itu berlenggeng?Berlenggeng ialah perbuatan tidak memakai baju hanya memakai seluar katok sahaja. Apa pula seluar katok? Sila google sendiri ;p


Kedai Apek Lenggeng boleh dikategorikan sebagai adik beradik 7 Eleven. Dibuka 24 jam setiap hari tanpa gagal (Ini ayat poyo masa kerja 7E..oopppsss). Sekiranya anda dalam keadaan terdesak mencari kedai di waktu malam. Kedai Apek Lenggeng sudi berkhidmat untuk anda.


Gambar Apek Lenggeng tak dapat disiarkan kerana En. Nazir sorang yang turun. Saya malas hanya snap dari kereta.

Sekian cerita Apek Lenggeng di pagi Jumaat ;p


©Hernee Nazir – Selamat berkenalan dengan Apek Lenggeng! ;p