Entri ini ditaip saat mata dah nak terpejam lena.

Balik kerja kami terus dipelawa oleh Kakakmarul ajak melepak kat Hutan Bandar. Dah lama betul tak ke sana. Seingat saya last pergi masa form 6 kat SSI, JB. Pergi time2 outing, tak pun balik sekolah menyelinap tepi semak keluar ke hutan bandar takut kantoi dengan warden hahaha. Konon2nya ada tuisyen kat sekolah, jadi tak payah pergi prep. Padahal joli katak makan ABC yang sedap dengan keropok lekor kat situ. Rakan seperjuangan masa tu Che Yant, Jang, Akma, Lyn dan Ida. Tetiba rindu kat korang.

Saya tak tahu apa nama kedai makan ni. Puas skodeng tak nak pulak sign board nya. Lantak la kan yang penting lokasinya kat Hutan Bandar, Johor Bahru. Kamarul suggestkan makan Chicken Chop, so kami pun cuba je la.




[disnap oleh: Chokia D300s saya ;p]


Inilah rupa Chicken Chop nya, agak2 harganya berapa?? Selalunya makan kat tempat lain paling murah pun RM12 tapi kat sini harganya RM5 je. Rasa pun boleh tahan sedap. Kebanyakan makanan yang dijual memang harga berpatutan dengan kualiti makanannya. Nasi2 paling mahal RM4.99 paling murah RM3.49. Hujung tu ada sen2 nya ya. Orang memang ramai gila semalam, mungkin semua mengejar harga yang murah. Tengah2 bandar bukan senang nak jumpa makanan murah2 kan.

Thanks la ya Kakakmarul, sebab belanja kitorang makan malam. Oh ya, fresh orange nya pun sedap juga. Tapi saya kecewa sebab tak dapat minum air belimbing. Ok, stop dulu, mata dah berat dah ni. Esok dan lusa ada training the whole day nanti mengantuk pulak.



©Hernee Nazir – Tak ada kesempatan nak blogwalking huhuhu..