Masak-Masak

Sambal Ketuk Hernee Nazir's Style

Sunday, June 20, 2010

Sejak akhir2 ni En. Nazir kerap request buat Sambal Ketuk. Dia kata selera bertambah kalau ada. Pernah makan Sambal Ketuk? Kalau tak pernah makan atau buat, boleh cuba yang ini. Saya tak pasti kalau orang lain panggil nama lain. Tapi kami memang panggil Sambal Ketuk, sebab dia diketuk/ ditumbuk dengan lesung batu ;p

Ok, sekarang saya nak berkongsi Sambal Ketuk Hernee Nazir's Style :)


Bahan2nya..



cili padi.. bawang besar.. bawang putih..


Kuantiti bergantung kepada kehendak masing2. Kalau rasa nak banyak boleh letak cili padi banyak mana sekalipun pedas tanggung sendiri ;p Kadang2 saya tak letak bawang2 tu pun sedap juga. En. Nazir request minta letak belacan, tapi stok belacan di rumah tiba2 kehabisan. Tiba2 kata dia hehehe.



ikan bilis..

Ni pun sama ikut suka nak banyak mana..



lesung batu..


Of course mesti ada, kalau tak nak tumbuk macamana kan. Kalau blender tak ada ummmmpphh.


Cara2nya..



Tumbuk cili padi sehingga lumat..



Setelah lumat, masukkan bawang besar dan bawang putih sampai lumat dan bersatu..



Goreng ikan bilis sehingga nampak garing. Kemudian asingkan.



Goreng bahan2 yang dah ditumbuk tadi sehingga nampak garing.



Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Gaul sehingga sebati. Jangan lupa masukkan garam dan serbuk perasa (kalau suka) secukupnya.



Taraaaaaa.. Sambal Ketuk sudah sedia untuk dimakan.


Sekarang boleh hidang nasi panas2 berlaukkan Sambal Ketuk. Pasti terangkat punggung suami2 anda lepas makan. En. Nazir makan sampai berpeluh2 muka hehehe. Oh, kami bukan makan lauk ni saja, ada lauk lain. Tak lain dan tak bukan.. Ayam Masak Kicap. Oh nampak seperti tak ideal je kombinasi lauk ni, tapi apa nak buat memang stok ni je yang ada. Agak kemalasan nak ke kedai ;p



Ayam Masak Kicap Hernee Nazir's Style..


©Hernee Nazir – Hujung minggu adalah hari memasak secara bersungguh2 ;p Selamat menjamu mata..

You Might Also Like

8 Th♥ught (s)

  1. mkn lagi...
    hmmmmm...sy pun suker sambal ni even sy xmkn pedas..hehhe

    ReplyDelete
  2. nyummy nyummy... meleleh air liur tgk

    ReplyDelete
  3. hajar sker sangat sambal camni... dulu mase arwah opah hajar ade dier sker wat sambal cam akak buat ni...

    kalau hajar makan sambal tumis kering tu ngan nasi panas2 pun dah cukup... selera sungguh laaa....

    aduhai tetiba terlelan air liur...

    ReplyDelete
  4. jijiepi >>nti dh kawin leh watkn utk cik epy yek..hehehe

    ReplyDelete
  5. Fiza's >>hehehe..abis la bsh tdung kalo air liur dh meleleh..hehehe

    ReplyDelete
  6. hajarus>>nti try la wat jar..mati btmbh selera..hehehe

    ReplyDelete
  7. ::cdot the dot::>>a'ah i sje nk bg u kecur..hehehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!