Malam Sabtu yang tak berapa hangat tapi hangit. Saya dan En. Nazir ke Kip Mart belanja barang2 dapur. Sebelum tu nak keluarkanlah duit kat ATM Machine. Masa mula2 masukkan kad tu je dah tersilap tekan. Nak masukkan nombor pin tapi saya terus je tekan amount yang saya nak keluarkan, tapi masih sempat delete lagi.  Dalam masa yang sama tetiba je monitor screen ATM Machine tu terkeluar ke depan. Saya dengan cuaknya takut alarm berbunyi  dan takut dituduh nak merompak ATM Machine terus la dengan baik hati menolak screen tu ke dalam. 

Oleh kerana dah tersilap nombor pin tadi saya terus la tekan semula nombor yang betul Ok, tak ada masalah.. sempat check balance. Bila mesin tu tanya nak teruskan transaksi tak saya dengan selamba kodoknya terbatalkan transaction padahal memang nak keluarkan duit. Bila dah cancel kad saya terus tak keluar2. Oh~ tetiba duniaku menjadi gelap sesaat. En. Nazir ni tengah berkhayal kat kedai VCD sampai panggil pun tak dengar. Nasib baik budak kerja kat situ perasaan dan bagitau dia. Terus dia datang tekan2 tapi kad dah selamat terkubur dalam mesin tu dan saya mendapat ceramah percuma di malam Sabtu yang hangit di atas kecuaian dan kejejohan saya. Dia tak percaya yang screen tu terkeluar. Sumpah itu cerita betul bukan rekaan untuk selamatkan diri saya. Memang dia terkeluar.

Dalam hati saya berkata, "Wahai ATM machine kot ye pun ko lapar, kenapa kad ATM aku yang ko telan?? Cuba la ko cari kad2 nyonya2 ke apek2 kaya tu dorang dah terang2 banyak duit. Bagi la peluang aku keluarkan duit gaji aku yang nak transit sekejap kat dalam akaun" Muka sudah jadi monyok, mood sudah hilang. Tambah pulak kena bebel dan kena gelak oleh si Lonjong. Hati manyak sakit dengan mesin itu padahal sendiri yang cuai. Tapi mesin tu bengong juga sebenarnya huh, tetap nak salahkan mesin tu. Nasib baik akaun lain ada sebagai penyelamat. Muka pun ada senyum :)

Terus je call bank yg berkenaan, beritahu yang kad saya sudah kena telan huhuhu. Ayat yang paling menyedapkan hati "Tak mengapa, puan tak perlu risau" ulang sampai 120 kali bila soalan dia saya tak dapat jawab. Dia tanya itu ini, tapi saya jawab "Mintak maaf la Encik otak saya jam la" Mesti dia kata, "Ala gelabah puyuh betullah minah ni, kad kena telan pun nak kecoh sekampung" hehehe. Dia batalkan kad saya dan suruh saya ke mana2 bank terdekat buat kad semula.

Maka petang tadi, saya sempatlah time off selama 3 jam menyelesaikan masalah kad yang kena telan. Silap langkah tadi, mungkin keluar office langkah kiri tak perasan ;p, sebab saya terpergi bank yang staff nya meroyan. Nasib baiklah saya cakap elok2 ala2 perempuan Melayu tercorot.. agaknya kalau saya cakap tak berapa elok sah2 saya senasib dengan Cina depan saya tu. Kena sembur je dengan kakak tu. Gila garang layan customer. Macam nak makan customer pun ada. Kecut perut saya tau. Bukan sorang, dua orang staff perempuan yang meroyan. Sekali sampai turn saya, saya puhh kiri puhh kanan, terus kakak tu hilang marah. Selamat!



©Hernee Nazir – Kenapa hek, orang yang memang tugasnya berhadapan dengan pelanggan setiap hari setiap masa selalunya tak memenuhi kriteria2 menghargai pelanggan. Kadang2 tu slogan terpampang tepi dia suruh senyum suruh layan pelanggan elok2 tapi dia abaikan. Harap2 kita bukan dari golongan yang macam tu ya ;)