Cerita Ceritu :p

Saturday, July 17, 2010

Hari Jumaat yang mulia tak update satu entri pun. Kesibukan melanda. Ayat poyo. Hari terakhir bekerja dalam minggu ni. Sekejap je dah pertengahan bulan 7 kan. Rasa baru sangat awal tahun. Tadi lunch kami ke Warung Siput Sedut. Bukan main jauh lagikan hehe. Sedapnye ikan keli, siput sedut, bendir celur cicah sambal belacan. Sangat2 terangkat :p

Before keluar lunch pergi buat ujian kesihatan yang sama macam tahun lepas. Saya sangat gembira sebab berat turun 2kg hehe. Next entry, cerita pasal ni.

Balik kerja tadi siap2 makan terus ikut En. Nazir menyahut cabaran Capt Akashah untuk main badminton. Diorang main kat court saya dan Syima yang kebetulan datang ikut budak2 office dia main juga tapi atas stage hehe. Over betul sampai bulu tangkis tersangkut kat lampu hehehe.

Esok pagi2 dah plan dengan En. Nazir nak berjogging. Doakan impian saya menjadi kenyataan ye kawan2 :p

[posted via my chokia handphone]

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. mesti makin slim lepas ni..hehe..:)

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!