Sebelum ni saya ada baca kat blog kawan2 yang diorang punya komen2 kat entri hilang. Rupanya saya pun alami benda yang sama. Kat Recent Comment ada komennya, tapi bila tengok kat entri komennya tak ada. Kenapa ek? Blog saya yang problem ke blogspot yang problem? 

Telinga saya baru lepas berdesing dan panas. Ada sorang makhluk yang tak ada budi bahasa datang ke office dengan mukanya yang Subhanallah berlagak nak mampus macam nak makan kasut saiz 5. Serious saya sangat marah ni. Marah tau. M.A.R.A.H .. marah. Dah lama tak luahkan rasa marah kat blog. Sila redha dan tutup mata, skip ayat2 marah ni. 

Suka suki dia nak melenting, sekali saya fire tadi terus botak rambut dia. Padan muka. *sila jangan percaya* Saya tak ada ilmu sepower itu. Eh, saya tengah marah lagi ni. Masa susah pandai ayat manis gila, madu pun tak manis macam tu. Geram2. As-sobru minal iman..

Kepada hamba Allah tu, silalah berbudi bahasa ye, 'Budi Bahasa Budaya Kita'. Kot ye pun ada masalah dengan isteri2 kat rumah jangan bawak pergi ke tempat kerja. Tak bagus. Sekian sesi lepas geram saya.


©Hernee Nazir – Fuhhhh..tarik nafas dalam2.. lepaskan..alhamdulillah reda.. boleh jalan la dengan orang bermasalah macam tu..