Di suatu hari di musim yang lalu ada seorang hamba Allah mengganti puasanya tahun lepas. Bermula awal pagi dia masih ok lagi dan boleh bergiat aktif di dalam pejabat. Bila tengahari sedikit, nampaknya bateri beliau semakin menjadi lemah. Tambahan pula malam itu beliau kekurangan waktu tidur dan yang penting beliau terlajak bangun sahur. Adalah menjadi tabiat beliau untuk bangun sahur setiap kali ingin berpuasa. Hari semakin menginjak ke petang, beliau semakin lemah. Muka beliau tak ubah seperti ayam berak kapur.

Beliau asyik menghitung detik waktu. Suami beliau berjanji untuk mengambil beliau pulang dari kerja dan buka puasa bersama. Rakan2 di pejabat mentertawakan muka-ayam-berak-kapur beliau. Mereka hairan bila melihat orang yang riuh rendah dalam pejabat tiba2 menjadi pendiam. Ubi pun tak sependiam beliau.

Tepat jam 6.30 petang, beliau dan suami pun menuju ke Restoran Saujana untuk berbuka puasa. Si suami sangat arif dengan tekak beliau yang memang kuat makan berselera besar tak kira puasa atau tidak. Sesampai di sana, beliau terus menempah makanan yang memang mengikut citarasa tekak beliau. Dugaan datang menguji, makanan yang ditempah dirasakan terlalu awal sampai sehingga menggugat keimanan beliau yang setipis kulit bawang.

Sementara menunggu masuknya waktu maghrib bagi daerah Johor Bahru, beliau telah me'landing'kan kepala beliau di atas meja hingga sempat terlelap dan mimpikan Anuar Zain. Si suami yang kejelesan melihat beliau terus mimpikan Anuar Zain, terus mendengki dengan mengambil gambar ini.



inilah gambar bukti si ayam berak kapur..



Bila azan berkumandang dicorong radio, beliau tidak terlalu gelojoh, masih sempat membaca doa buka puasa dan doa makan. Lalu beliau terus meneguk mango blended yang enak itu. Ahhh.. terasa sejuk tekak beliau bila mango blended lalu di kerongkong.




Tanpa berlengah beliau terus membedal nasi dan lauk pauk yang ada. Alangkah sedapnya tomyam seafood, sotong goreng tepung dan sayur chap chai itu membuatkan perut beliau merasa sangat senak.

Sesampai di rumah beliau rasa sangat tak larat adanya. Beliau terus melandingkan diri di atas sofa untuk seketika. Malang sekali beliau landing bukan seketika malah bertika2 beliau di atas sofa sehingga tertidur dengan nyenyaknya.
Si suami terus2an mendengki, diambilnya gambar beliau yang tengah melopong sewaktu tidur. Ahhh, memalukan sungguh, kesian beliau diperlakukan sebegitu rupa.




Tak cukup satu gambar, dua gambar diambilnya. Oh tidak~ Nasib baik air liur basi beliau tidak merembes.




Beliau telah dizalimi malam itu. Kesian kan. Sila simpati dengan beliau. Oh terharu~ sob..sob..sob..

Bila beliau terjaga dari lena yang panjang, beliau dapati suami beliau sedang mentertawakan beliau. Oh malu~ Suami beliau telah mengejek beliau sepuas2nya.

"Dah macam budak kecil yang baru belajar puasa"

Itulah ayat yang si suami ungkapkan menyebabkan pipi beliau merah bak api membara ;p

Malas beliau nak melayan lagi terus masuk ke kamar tidur melayan mata yang mengantuk dan badan yang kepenatan. Itu saja diari si pengganti puasa.


©Hernee Nazir – Semua gambar yang di atas adalah dicuri dari kamera si suami. Sila jangan bagitau si suami ya.. ;p