Pagi tadi lepas En. Nazir ke Kebun Teh dengan sobat2nya, saya pun TERsambung tidur semula. Tup2 terjaga pukul 10.30 am baru teringat ada jemputan kenduri kat rumah Jijah pukul 11 am.

Terus call Anna ajak pergi tapi minah tu tengah mengemas rumah pulak. Otak ligat berfikir, siapa mangsa peneman seterusnya dan tiba2 teringat Lady Dilah dan anak asuhannya Ean. Call dan terus paksa ikut :p Memang zalim sila maafkan Umi Long ya Ean. Ini semua ke arah kebaikan ngeee.

Kami sampai orang semua tengah makan. Oh sangat malu macam datang nak makan je. Tapi saya berjaya membuat muka tak malu. Nampaknya niat saya nak menjadikan Ean Imam Muda tak berjaya sebab atok2 semua dah selamat baca tahlil arwah. Kalau cepat mungkin sempat juga nak suruh Ean join atok2 semua. *Mummy Cdot, sila percaya dengan niat suci Umi Long ni*

Dah siap2 makan, Ean mula resah gelisah menandakan masa tidur dia dah sampai. Kami relax2 sekejap berbual2, tak lama lepas tu kami pun balik. Kesian kat Ean, tak selesa agaknya.

Sebelum balik Jijah sempat bungkuskan nasi lemak yang sedap untuk kami. Thanks Jijah, buat susah2 je (konon malu tapi tangan tetap ambil bungkusan) hehehehe. Itu saja cerita tengahari bersama Ean dan Lady Dilah.

** Sedang menunggu penuh sabar quarter meal set @ Kenny Rogers.

Sent from my Chokia phone