Saya peneman En. Nazir je. Dia dan En. Kamarul yang betul2 berhajat nak ke sini. Masa GEGO JOHO hari tu pun diorang pergi juga tapi saya tak ikut sebab kerja kan. Kali ni baru la sempat ikut. Diorang melayan kamera diorang saya melayan FB kat hand phone Chokia tu.

Malam tu dah tak ada apa aktiviti sangat pun cuma Auto Show je. Itu pun dah nak umumkan keputusan pemenang. Kami sampai lambat jalan sangat jam kat area jalan Skudai menuju ke Danga Bay tu.


Kereta2 yang masuk pertandingan tu..

Vespa2 pakcik2 dan anakcik2.. ;p


Dalam kejakunan saya tengok sesuatu tu, rupanya En. Nazir sempat mensnap gambar saya, huh. Apa yang saya tengok sampai tahap jakun tu??


Rasa macam saya tengah lawan muncung siapa lebih panjang dengan Pakcik baju kelabu tu kan..hahaha

Sebenarnya saya tengah jakun tengok ekzos kereta kancil yang keluar api tu. Jakun tak saya? hehehe. Keluarlah soalan yang menguji minda untuk En. Nazir. 

"Bang, tak merbahaya ke dia buat macam tu?"

"Entah ek, tak kot.. kalau terbakar pun kereta dia"

"Bis tu kalau meletup, tak ke kita yang sama2 hangus kat sini"

Dia senyum haja...




Oleh kerana En. Nazir dan En. Kamarul tak cukup modal nak ambil model, jadi diorang merayu2 nak ambil saya jadi model tak berapa tinggi diorang malam tu. Siap buat permohonan bertulis lagi tu. Isyhhh2.. Dengan rasa rendah diri sebab memang dah rendah, saya terima pelawaan diorang tu tanpa mengenakan bayaran sesen pun cuma upah sup tulang ZZ semangkuk beserta roti 3 keping je.. oooppssss kantoi.. ;p

Mati la kalau mamat berdua ni terbaca.

Layankan je la gambar2 tu kat bawah.Sila abaikan muka yang tak semenggah yang membuatkan En. Nazir menjadi seram sejuk nak snap. Abaikan juga sekiranya anda ternampak ada babat2 yang menunjukkan diri dalam gambar :)










Inilah mamat yang merayu2 minta saya jadi model diorang. Atas dasar simpati sesama umat, saya turutkan :p Next time book awal2 sikit ya, takut I ada program lain.. buweeekkk :p


Si Lonjong dan Si Talam ;p

Lepas menembak sana dan sini kitorang terus cari makan lapar woooo melayan mamat berdua ni. Otak tak berfungsi la bila lapar. Malas nak cari tempat makan paling sensasi, terus je terjah Restoran ZZ pekena sup tulang yang sedap tu.

Sekian cerita di Bukit Timbalan. Kalau nak tengok gambar2 lain tunggu la En. Nazir dan En. Kamarul update blog2 bersawang diorang tu ya.


©Hernee Nazir – Time2 boss tak ada ni.. jam cepat pulak berputar.. dengki betul.. huh~