Fotografi

Pertandingan Foto Warisan 2010

Monday, July 19, 2010



Berita gembira untuk pencinta seni fotografi, peluang untuk mempertaruhkan bakat dan kreativiti anda dalam Pertandingan Foto Warisan yang dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara.



Bagaimana untuk menyertai


1. Anda boleh sertai seberapa banyak penyertaan fotografi bertemakan Warisan 1Malaysia yang mana ianya hendaklah dalam format digital.

2.  Semua penyertaan hendaklah gambar terkini dan berlokasi di Malaysia.

3.  Semua penyertaan hendaklah bersaiz Super 8R (8"x12"). 

4.  Semua penyertaan hendaklah berfomat digital (salinan digital) dalam fomat JPEG atau Tiff benaiz 8"x12", warna mode RGB dan resolusi 300 pixels/inci BERSAMA dengan GAMBAR ASAL (sebagai bukti penyertaan) di dalam bentuk CD/DVD.
5.  Penyertaan yang dihantar hendaklah beserta borang penyertaan rasmi ditulis dengan terang, tajuk. tarikh, lokasi dan nama peserta.

6. Segala kos yang terlibat untuk penyertaan ini ditanggung sepenuhnya dari pihak peserta seperti kos proses, cetakan penghantaran dan lain-lain.


7. Semua penyertaan hendaklah lengkap bersama 'Borang Pengesahan Pelepasan' seperti lampiran di bawah.
 
Terma dan Syarat



1. Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia kecuali pekerja, keluarga Jabatan Warisan Negara dan Jawatankuasa Pertandingan serta keluarganya.

2.  Peserta boleh menghantar penyertaan seberapa banyak yang boleh.


3.  Bukti penghantaran adalah bukan bukti penerimaan.


4. Semua penyertaan tidak akan dikembalikan dan tetap menjadi hak milik Jabatan Warisan Negara. Jabatan berhak menggunakan semula, menerbit atau mempamerkan penyertaan di dalam apa jua bentuk media atau medium sama ada tempatan atau antarabangsa tanpa notis atau pembayaran kepada para peserta.


5. Gambar penyertaan yang dihantar hendaklah belum pernah diterbitkan dalam mana-mana media atau medium.

6. Semua penyertaan hendaklah yang asal/asli dari peserta. Penggunaan kerja-kerja kreatif dari pihak ketiga tidak dibenarkan dan akan dibatalkan secara automatik.
7.  Dengan penyertaan yang dihantar para peserta bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan kepada pihak penganjur.

8.  Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kriteria: subjek, komposi, kreativiti dan teknik.

9. Foto touch-up dibenarkan secara minima seperti pengubahan brightness of color, softening atau sharpening dan cropping.

10. Teknik-teknik seperti digital superimpose, gambar komposit, gambar montaj, trick photographs, digital imaging dan gambar dimanipulasi tidak dibenarkan.


11. Semua penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 29 Oktober 2010 kepada:Jawatankuasa Pertandingan, Pertandingan Foto Warisan, Jabatan Warisan Negara, Tingkat 10, Menara Chulan, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.
12. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika ianya melanggar terma dan syarat.

13. Keputusan hakim adalah muktamat dan segala bentuk surat menyurat tidak akan dilayan.

14. Pemenang akan dimaklum secara rasmi dan penyampaian hadiah akan disampaikan oleh YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 25 November 2010 di Pulau Pinang. Pemenang akan diminta hadir ke majlis tersebut untuk menerima hadiah.

Hadiah pertama: RM3,000.00
Hadiah kedua: RM2,000.00
Hadiah ketiga: RM1,000.00



Download borang penyertaan:




©Hernee Nazir – Jom kawan2.. En. Nazir and the gang tengah berusaha mencuba nasib. Mana tahu ada rezekikan hehehe. Hadiah lumayan tu. Jangan lepaskan peluang ini, tarikh tutup pun lama lagi sempat la nak snap sebanyak mana pun gambar. Good luck ya :)

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!